HINA ISLAM : Isteri Blogger Akui Terkejut!!!




Isteri kepada seorang blogger Arab Saudi yang didapati bersalah kerana menghina Islam berasa amat terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas suaminya, Raif Badawi.

Blogger tersebut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan seribu sebatan pada Mei lalu kerana mengkritik ulama Arab Saudi dan menghina polis negara itu.


Ensaf Haider yang kini tinggal di Kanada bersama tiga orang anaknya bagaimanapun menegaskan, hukuman berkenaan tidak akan memutuskan semangat suaminya yang menjadi pengasas blog liberal.


Selain penjara dan sebatan, Raif turut diarah membayar denda satu juta Riyal atau bersamaan kira-kira RM930,000.



“Perkara paling sukar bukanlah berada di sebuah negara asing, tetapi keadaan anak-anak saya yang terpaksa hidup tanpa bapa mereka.


“Saya terkejut apabila Arab Saudi mengutuk tindakan ISIS, tetapi mereka sendiri menjatuhkan hukuman penyeksaan ke atas rakyatnya sendiri. Mereka boleh lakukan apa saja ke atas Raif namun ia tidak akan menghapuskan semangatnya,” katanya.


Semalam, pihak berkuasa Arab Saudi menangguhkan pusingan kedua hukuman sebatan ke atas Raif.


Ia susulan laporan doktor yang menyatakan luka akibat 50 sebatan pertama masih belum pulih.


Hukuman sebat itu perlu dilaksanakan selama 20 minggu dengan 50 sebatan setiap sesi.


Jabatan Amerika Syarikat dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah meminta pihak berkuasa Arab Saudi supaya membatalkan hukuman itu namun ia tidak diendahkan - ABN News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....