BONGKAR!!! Rakyat Malaysia Dikambing-hitamkan!!!



Dimana penguatkuasa? Di mana pemantauan? Pejam matakah? Ditutup mulutkah? Atau kekurangan kakitangankah? Umum mengetahui limpahan peniaga-peniaga asing di ibu kota atau bandar-bandar utama yang semakin membimbangkan.

Kebanyakan warga asing yang menjalankan perniagaan di negara ini didapati mendaftar syarikat mereka dengan menjadikan rakyat tempatan rakan kongsi proksi.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan rakyat Malaysia dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, namun tinjauan mendapati perniagaan itu dijalankan sepenuhnya oleh warga asing.


Siasatan akhbar ini di Jalan Tan Tun Siew Sin atau dikenali sebagai Jalan Silang di sini, mendapati 13 daripada 19 syarikat yang membuka perniagaan di situ ada milikan asing, kebanyakannya dari Bangladesh dengan meletakkan seorang rakyat tempatan sebagai pemilik bersama. (SUMBER)

Ketika rakyat semakin "sengsara" menempuh kos sara hidup yang meningkat, ditambah keadaan ekonomi yang tidak menentu, penguatkuasaan perlu ditekankan.

Kelemahan penguatkuasaan menjadi punca warga asing mudah memonopoli beberapa sektor perniagaan, sekali gus menguasai lokasi yang dulunya dikuasai warga tempatan.

Menyifatkan isu peniaga warga asing ini sebagai isu lama yang semakin kronik, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Selangor, Ismail Sulaiman, berkata banyak pihak sudah muak dengan senario ini kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) terlalu lembap.

"Umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, begitulah nasib peniaga kita kerana dihimpit peniaga luar dan secara tak langsung mengecilkan peluang perniagaan orang kita.

"Masalahnya bermula dari kementerian yang terbabit hinggalah ke peringkat PBT, penguatkuasaannya ala kadar dan tidak serius.

Bilakah masalah ini akan selesai? Ada pandangan?

1 ulasan:

  1. rocky the great brown unused dick says: bagi wa, ada satu je jalan penyelesaian tapi paling extreme dan memang boley buat, tak payah bayar apa2; tiap2 jumaat sebelum solat jumaat tambah doa mintak Allah swt turunkan laknat balasan kepada pihak berkuasa pemerintah dan pentadbir kerajaan yang tak amanah dan menerima rasuah.. habes cerita. (habes ape nak buat lagi kalo laporan2 paper & tv pon tak jalan?)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....