Apa dah jadi dengan Malaysia ni beb? Maaf, penulis bukan cuba mencetuskan provokasi baru dalam isu ini, cuma terlintas di fikiran bagaimana sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan melihat ceramah agama sebagai satu tindakan provokasi?
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya”.
Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.
Bagaimana pula dengan tindakan Pejabat Ketua Menteri Sarawak membatalkan satu program ceramah agama Islam semalam kerana kononnya dianggap sebagai provokasi terhadap agama Kristian.
Menteri berkaitan hal ehwal Islam negeri itu, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya "menasihati" penganjur ceramah itu, Pusat Informasi Islam (IIC) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk membatalkan ceramah berkenaan susulan bantahan ditimbulkan Persatuan Gereja Sarawak (ACS), beberapa individu serta ahli politik.
Ceramah yang dijadualkan berlangsung esok dan Khamis dilihat "tidak membantu meredakan ketegangan antara umat Islam dan Kristian" di negara ini.
"Kami meneliti bantahan itu dan mendapati ada alasan kukuh," kata Daud.
“Kami tidak mahu mewujudkan suasana kekacauan antara kepelbagaian agama terutamanya Kristian dan Islam.
"Ia memang tidak perlu," kata Daud, yang juga menteri di Pejabat Ketua Menteri ketika ditemui pemberita di Kuching hari ini.
Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul itu bakal menampilkan sarjana Islam Iraq, Shaykh Afeefuddin Al-Jalani dengan tajuk "Nabi Muhammad di dalam Bible".
Ceramah berkenaan dijadualkan berlangsung di IIC esok dan Unimas, pada Khamis.
Anglican Diocese of Kuching, Pembantu Biskop Aeries Sumping Jingan, berkata semalam, beliau bercakap dengan ketua pegawai eksekutif IIC dan pihak berkuasa agama menyatakan bantahan mereka.
Sumping, yang mewakili pengerusi ACS Datuk Bolly Lapok, berkata, pendiriannya jelas, iaitu menuntut CEO IIC dan pihak berkuasa negeri membatalkan ceramah berkenaan. – 13 Januari, 2015.
- SUMBER
** Penulis bukan mempersoalkan kredibiliti atau hak beragama di Malaysia, sekadar membangkitkan hak "kebebasan beragama" yang jelas termaktub dalam perlembagaan negara. Persoalannya, adakah Sarawak terkecuali dari semangat perlembagaan tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....