ADA LAGI? BUKA TUDUNG UNTUK KERJA : APA PENJELASAN ADIDAS?




BULAN lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu anak penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor diminta untuk membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis Hamleys Malaysia yang terletak di pusat beli belah 1 Utama.




Terbaharu, juga di pusat beli-belah sama, seorang gadis bernama Fatin Diana meluahkan rasa kesalnya menerusi akaun Facebook kerana turut dikenakan syarat yang serupa, kali ini di premis perniagaan barangan sukan Adidas apabila bertanyakan kerja kosong di Adidas One Utama. 

Namun jawapan yang tidak disangka olehnya apabila dikatakan pihak Adidas One Utama meletakkan syarat perlu membuang tudung mereka akan ambil beliau bekerja. Nampaknya banyak lagi pihak kedai yang tidak serik dengan keadaan ini. 

Kita sebuah negara majmuk yang sepatutnya tidak melakukan diskriminasi dalam hal ini kerana kedai tersebut adalah kedai kasut bukannya pusat karaoke ataupun kelab malam.

Sejujurnya, penulis tidak faham apa masalahnya jika mengambil pekerja bertudung sedangkan premis ini turut dikunjungi oleh orang Islam.

Apapun, jika sahih dakwaan gadis ini, kita tunggu apa pula penjelasan pihak Adidas mengenai perkara ini.

2 ulasan:

  1. selagi bukan Islam yang menguasai bidang ekonomi, selagi itulah ulang tayang yang sama akan berterusan. yang muda2 kalau nak kahwin, pastikan pembekal kad kahwin, cenderamata hingga ke khemah dan katering, semuanya daripada pembekal Islam. nak bina masjid kenalah dengan penuh kesucian barulah generasi mendatang dilimpahi rahmat. syabas fatin diana.

    BalasPadam
  2. Apa lagi kita boikot la kedai tu... nak harap gomen bertindak malam la nampaknya

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....