28 DIS: Ketua tentera udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto berkata pihaknya mengerahkan anggotanya ke wilayah Belitung untuk menyiasat dakwaan ada saksi nampak pesawat jatuh ke laut di Belitung Timur.
“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.
“Mengikut radar pesawat itu jatuh di atas Laut Jawa berdekatan Belitung.
“Kita akan mencari pesawat itu dengan pesawat yang kita miliki.
“Dan sekiranya kita menemui objek seperti pesawat kita akan melaporkannya,” katanya seperti disiarkan Metro TV Indonesia.
Lima kapal digerakkan mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan antara Tanjung Pandan dan Pontianak, menurut Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Bangka Belitung.
Sementara itu, Reuters melaporkan Singapura mengaktifkan tentera udara dan tentera lautnya bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia itu dengan 155 penumpng itu.
“Dua C130 sudah bersiap sedia bagi tujuan ini. Kami tetap bersedia memberikan sebarang bantuan menyokong usaha mencari dan menyelamat,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura dalam satu kenyataan.
Sebuah ruang menunggu beserta dan kemudahan dan sokongan diperlukan sudah pun ditubuhkan untuk saudara-mara di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi, katanya.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....