RUSUHAN PENONTON : SOKONG TMJ HARAMKAN TERUS IJF!!!



Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf dan mengharamkan Inter Johor Firms (IJF) seumur hidup dari memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium di Malaysia jika ada perlawanan yang melibatkan perlawanan melibatkan pasukan dari negeri Johor.

Tidakan ini telah diperkenan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang sebarang pengibatan IJF kerana telah menemarkan imej negari Johor.

Menurut Tunku Ismail, "Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor".

Pihak PBNJ akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau ini dari menimbukan huru-hara lagi dalam bola sepak.

PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'Hooligan' dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan.

Dari berita semalam pula kumpulan pelampau 'hooligans' ini diperayai telah terlibat dalam pergaduhan di Stadium Shah Alam semalam selepas Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Mereka diperayai telah memukul penyokong Vietnam yang meraikan kemenangan mereka.

Gambar dari Sokernet



Perkara ini dilihat sungguh tidak bertamadun kerana ia boleh menjatuhkan dan mencalar maruah negara kita yang dikenali serata dunia. Tindakan hooligans bola sepak ini sepatutnya tidak terbawa ke negara kita kerana bertentangan dengan terma ketimuran dan agama.

- Siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....