NAIK TOCANG!!!! Anwarlah Penyebab DAP Semakin Melampau!!!



Jika hasrat DAP mahu jawatan Timbalan Speaker II Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diwujudkan bukan dirangsang oleh sikap tamak kuasanya, apakah maksud sebenar di sebalik gesaannya itu?

Adakah parti itu sekadar mahu menduga-duga tahap kesabaran dan keberanian politik Menteri Besar, Azmin Ali supaya “tunduk” kepada pengaruhnya jika mahu sokongan mutlak DAP di kemudian hari?


Krisis pelantikan Menteri Besar tiga bulan lalu menyerlahkan banyak alur pemikiran politik PKR yang bersilang dan tidak sehaluan dengan orientasi politik PAS yang lantang menolak presiden PKR mengisi kerusi berkenaan.


Jika tanpa sokongan dan ketegasan DAP mungkin Selangor sudah terjerumus ke dalam kancah krisis politik yang serius dan mungkin juga menyebabkan PKR langsung kehilangan teraju pimpinan negeri berkenaan.


Sebab itu agaknya, DAP kini cuba mengukur betapa dalamnya rasa terhutang budi PKR kepadanya sekaligus betapa kentalnya peribadi dan keyakinan Azmin Ali berhubung takrif tahaluf siyasinya dalam Pakatan Rakyat.

*Benarkah Azmin berjanji dengan DAP?


Sesungguhnya DAP sedar memang sejak mula memegang jawatan Menteri Besar September lalu, Azmin sudah menetapkan ada empat wakil PKR dalam barisan exco, tiga dari DAP dan tiga lagi dari PAS.


Tujuannya jelas. Azmin mahu memperkukuhkan kedudukan PKR dalam urusan kerajaan negeri. Namun satu perkara tidak jelas, benarkah Azmin sedia berkompromi dengan DAP mewujudkan jawatan Timbalan Speaker kedua?


DAP faham bahawa langkah Azmin itu tidak sedikitpun menjejaskan DAP. Ia masih ada tiga kerusi Exco dan wakilnya, Hannah Yeoh, tetap memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri.


Yang berubah ialah bilangan exco PAS. Daripada empat tinggal tiga. Bagaimanapun Azmin memberikan komitmen bahawa kekurangan itu diganti dengan kerusi Timbalan Speaker untuk PAS.


Kerusi berkenaan dikosongkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik menjadi exco keempat partinya.

DAP mula tagih budinya dibalas


Namun DAP merumuskan bahawa sebagai tanda berterima kasih dan membalas budi politiknya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR harus mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Speaker khusus untuk DAP.


Ini meletakkan Azmin dalam keadaan serba salah. Adakah DAP awal-awal lagi mahu memasung kebijaksanaan politiknya dengan membuat tuntutan demikian? Adakah itu satu cara menduga keberanian politiknya?


Atau, adakah DAP sebenarnya mahu mendedahkan bahawa Azmin memang ada berjanji kepada untuk memberi DAP layanan istimewa itu? Lantas, adakah gesaan DAP itu satu tuntutan yang wajar?


Cuma Azmin yang patut mengesah atau menafikan dakwaan DAP itu. Namun jika diperhatikan cara DAP menuntut jawatan Timbalan Speaker II itu, ia membayangkan seolah-olah Azmin memang benar membuat janji sedemikian.


Jika tidak dikotakan, ia adalah petanda tidak baik bagi kelangsungan hubungan DAP-PKR pula.


Sebaliknya, jika Azmin tidak pernah berjanji, maka Azmin seharusnya perlu berhati-hati terhadap DAP yang secara tidak langsung telah memfitnahnya!

DAP nekad kukuhkan kuasanya di Selangor


DAP jelas tidak bergurau. Pada permulaan sidang Dewan Isinin minggu lalu, ia mencabar PAS mengisi kerusi berkenaan dengan mencalonkan wakilnya, Ng Sue Lim untuk jawatan Timbalan Speaker.


Pada mulanya DAP menyuguhkan alasan berbuat demikian sebagai suatu simbol protes terhadap sikap presiden PAS yang keberatan mematuhi adab tahaluf siyasi dengan kerap tidak hadir mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.


Namun bila ada bidasan yang mencuit sensitiviti pemimpin PAS lain, DAP mengungkit pula soal janji Azmin mahu memberikan jawatan itu kepadanya pula. Nampaknya serius benar sikap DAP dalam isu ini.


Sekaligus ia memberi isyarat bahawa tahap tasamuh atau tolak ansur DAP dengan kerabatnya dalam PKR tidaklah begitu matang dan tinggi. Baginya pepatah “ada ubi ada batas” mesti dilengkapkan dengan “budi DAP mesti dibalas”.


Parti ini tidak segan silu menuntut “habuan bagi setiap zarrah” sumbangannya. Asasnya, DAP berkira soal untung politik sahaja.


Ini berbahaya. Jika begini sikap DAP bagaimana agaknya jika Pakatan Rakyat menguasai majoriti dalam Dewan Rakyat atau Dewan-dewan Undangan Negeri selain Pulau Pinang? Sudah pasti PAS dan PKR akan dipaksa tunduk setiap tuntutannnya!


Yang disegani DAP dalam Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun ketika nasib Anwar terumbang ambing dalam kes mahkamahnya sama ada dipenjara atau tidak, DAP menunjukkan halobanya.


Malangnya, Anwar sudah berulang kali mengisytiharkan keyakinannya bahawa kepentingan orang Melayu-Islam tidak terjejas walaupun PAS dan PKR terus bekerjasama dengan DAP!


Anwar menyandarkan pendiriannya pada hakikat bahawa Melayu-Islam masih golongan majoriti di Malaysia. Maka tidak mungkin baginya, Melayu-Islam akan kehilangan kuasa kepimpinan negara.


Anwar nampaknya berpura-pura tidak sedar bahawa pendirian dan tindakannya itu pada realiti sebenarnya membelah-bahagi kesatuan Melayu-Islam kepada tiga golongan – PAS, PKR dan Umno.


Tidak mustahil DAP bekerjasama dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak.


Tidak mustahil bahawa sokongan yang diberikan kepada ketiga-tiga parti berasaskan Melayu-Islam itu akan menjadi begitu terpencar sehingga tidak mampu menyaingi majoriti mudah yang mungkin diperolehi oleh DAP.


Jika unjuran ini menjadi realiti, bukan mustahil DAP akan memilih untuk bertahaluf siyasi dengan parti-parti yang berasaskan bukan Melayu seperti yang banyak bercambah di Sabah dan Sarawak.


Ini tidak mustahil. Jika diperhatikan ketamakan dan betapa rakus pemikiran politik untuk berkuasa yang dipamerkan oleh DAP Selangor, yang nyata tidak ditegur oleh DAP Pusat, senario ini mungkin sahaja menjadi kenyataan.


Namun masih ada sedikit harapan bahawa kemungkinan ini dapat dielakkan kerana PAS nampaknya semakin condong pada pandangan bahawa DAP sebenarnya memang sukar diajak meneruskan tahaluf siyasi.


PAS kini berhati-hati mendepani sikap dan gelagat politik DAP. Sebab itu Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mahu isu tuntutan DAP itu dibawa ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.


“Ya, kalau hasrat DAP maka DAP kena bawalah dalam Pakatan Rakyat dulu tapi secara umumnya saya berpandangan wujudnya dua jawatan timbalan speaker itu tak perlu dalam konteks sebuah DUN.


“Malah DUN yang banyak kerusi macam di Johor pun saya rasa tak timbul dua timbalan speaker ini,” katanya.


Semoga “kesedaran” PAS ini membunga menjadi keazaman PAS menyelamatkan kesatuan umat Melayu-Islam dan bukan menjadi katalis kepada Melayu-Islam diragut teraju pemerintahannya.


Jika itu berlaku barulah tidak sukar untuk menyimpulkan bahawa PAS juga terpalit dosa menyentap daulah Islamiah di Malaysia dari amanah Melayu-Islam dek sikap “menang sorak kampung tergadai” PKR dan Anwar.

AIDC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....