MINTA MAAF AKHIRNYA : Gadis Hina @PDRMsia Akur Desakan Orang Ramai!!!



Ekoran dari sebaran media sosial akan kebiadapan seorang pengguna twitter yang menghina anggota polis yang sedang bertugas, individu berkenaan yang juga seorang wanita memohon maaf didalam akaun twitter sebentar tadi.



Wanita berkenaan dikecam hebat pengguna media sosial lain yang turut masuk bertanyakan tindakan biadap wanita yang dilihat keterlaluan dengan menggelarkan anggota polis trafik yang bertugas sebagai “babi”.


Ramai pengguna media sosial menyatakan kekesalan terhadap tindakan biadap wanita berkenaan kerana mempertikai tugas yang sedang dilakukan dan menyifatkan wanita berkenaan sebagai mementingkan diri sendiri.





Diharapkan perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang. Gunakanlah medium media sosial sebagai pengerat silaturahim dan ruang mencari rakan ataupun peluang perniagaan. 

Janganlah salahguna sehingga boleh menyebabkan ketidakselesaan orang awam.

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....