FITNAH SIBER : Hukuman Berat Menanti!!!



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencadangkan pesalah siber dikenakan hukuman penjara mandatori sekurang-kurangnya tiga tahun dan sebat, bagi menangani kes fitnah alam maya yang semakin membimbangkan.


Cadangan itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara selepas suruhanjaya berkenaan mengakui hukuman setahun penjara atau denda RM50,000 ke atas mereka yang disabit kesalahan mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tidak memadai.

Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, berkata hasutan tetap hasutan, sama ada menerusi alam maya atau tidak dan kesalahan boleh dikenakan mengikut Akta Hasutan.

Katanya, SKMM sedar perkara ini dan sudah berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya penalti yang lebih berat digubal.

"Cadangan ini kini diteliti Peguam Negara dan ia diharap dapat dibawa ke Parlimen, awal tahun depan. Cadangan muktamad akan datang dari Jabatan Peguam Negara selepas undang-undang lain serta pihak berkaitan dirujuk," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam, bagi mengulas laporan khas muka depan BH semalam mengenai fitnah alam maya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....