Cina bangsat sorang ni buat hal lagi. Tindakan blogger kontroversi Alvin Tan yang dipercayai berada di Amerika Syarikat memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya, amat dikesali.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas tindakan Alvin atau nama sebenarnya, Tan Jye Yee, 26, berkata dia tidak sepatutnya membuat pelbagai kenyataan termasuk membantah keputusan istana kerana ia boleh mengguris perasaan pelbagai pihak tentang pandangan yang diberikan.
"Dia sepatutnya berfikir dan tahu akibatnya tentang apakah sikap dan pandangan orang ramai tentang kenyataan dibuatnya melalui posting dari luar negara ketika sedang bersembunyi," katanya.
Alvin dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran kepada mana-mana pihak.
Status tersebut dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 November lepas.
Sebelum ini, Alvin mengeluarkan kenyataan kesat terhadap pemimpin negara dan bertindak melarikan diri ke luar negara pada September lepas.
Ahmad Shabery berkata kerajaan mengambil tindakan mahkamah terhadap Alvin, dan tindakannya yang melarikan diri ke Los Angeles bagi mendapatkan suaka politik dilihat sebagai pengecut.
"Kerajaan tidak pernah menghalau Alvin dari negara ini sebaliknya beliau sendiri menghukum dirinya dengan melarikan diri memohon suaka politik di Amerika Syarikat," katanya.
Pada 18 Julai 2013, Alvin bersama pasangannya, Vivian Lee, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka.
Susulan itu, pada 22 Ogos lepas, mahkamah sama mengeluarkan waran tangkap selepas Alvin gagal hadir bagi sebutan kesnya. – Bernama, 7 Disember, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....