VIRALLL : SAMSENG JALANRAYA!!!! APA TINDAKAN PDRM?



Sebelum ini satu negara kecoh dengan gelagat Kiki dan stereng locknya. Sepantas kilat juga PDRM mengambil tindakan walaupun Uncle Sam memaafkan Kiki. Kini satu lagi senario yang hampir sama berlaku dan viral di media sosial. 

Gambar di atas menunjukkan turutan seorang lelaki cina bertindak membuli seorang  pemandu wanita. Individu ini dikhabarkan seorang Director Business Development di sebuah syarikat di Subang Jaya. Individu berkenaan bertindak ala samseng jalanan dan mengundang komen negatif terhadap beliau. 


Kali ini pihak berkuasa khususnya PDRM sewajarnya tidak mengamalkan "double standard" lantaran ada yang mengaitkan perkara ini dengan insiden saudari Kiki Kamaruddin.

Mangsa mendedahkan, pemandu lelaki (gambar) terbabit memandu secara melulu dan merbahaya menyebabkan mangsa bertindak membunyikan hon padanya. 

Bagaimanapun tindakannya itu mengundang akibat apabila lelaki berkenaan berhenti dan menahan kereta mangsa dan seterusnya menengking mangsa, meludah cermin kereta dan merosakkan wiper kereta serta cermin sisi.

Mangsa sempat merakam gambar lelaki itu yang memandu kenderaan jenis Honda CR-V dengan nombor pendaftaran W2202B yang dipercayai berbangsa cina. - sumber

Kita tunggu dan lihat apa komen KPN.

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....