VIDEO : PENGOTOR!!! Pemilik Restoran Ali Maju Kesal, Pecat Pekerja Terbabit!!!



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan rakaman video oleh pelanggan di sebuah restoran cawangan Ali Maju yang mendedahkan perlakuan jijik menggunakan mop lantai untuk mengelap meja makan. Lihatlah betapa pengotornya apabila pekerjanya menggunakan mop sama untuk mengelap meja dan lantai kedai.. uwekkk!
Pemilik rangkaian restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan melahirkan rasa kesal dengan tindakan pekerja restorannya yang melanggar etika kebersihan sehingga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

Menurut Jawahar, beliau mengakui kesilapan pekerja tersebut yang dilakukan di permis restoran Ali Maju cawangan Keramat Permai Setiawangsa dan menzahirkan permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya yang mengunakan mop lantai untuk membersihkan meja.

“Saya akui kesilapan itu dan ingin memohon maaf (namun) saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan meja tersebut digunakan untuk menyediakan atau memasak roti canai.

“Meja tersebut hanya digunakan untuk meletakkan hidangan tomyam yang telah siap dimasak” katanya ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi.



Ekoran penyebaran rakaman video tersebut, beliau telah datang ke permis terbabit untuk melakukan siasatan.Menurut pekerja terbabit ia dilakukan secara spontan kerana meja yang digunakan untuk meletakkan hidangan tomyan itu terlalu kotor.

Menurutnya lagi walau apapun alasan yang diberikan pekerja tersebut, dia secara jelas telah melanggar etika pekerjaan yang ditetapkan dan tindakan telah diambil terhadapnya.

“Walau apapun alasan yang diberikan, saya tidak boleh bertolak ansur (dalam isu ini) kerana ia juga merupakan sebagai pengajaran kepada para pekerja yang lain.

“Saya telah bertindak memberhentikan pekerja terbabit dan mengusirnya demi untuk kebaikan bersama” katanya lagi.

Masyarakat dan penguna media sosial sebelum ini gempar dengan pendedahan Suara TV berhubung tindakan seorang pekerja restoran yang mengunakan mop lantai untuk membersihkan meja.

Jawahar turut menjelaskan beliau amat menitik-beratkan soal kebersihan di semua rangkaian restoran miliknya khususnya bilik air.

“Insyallah saya boleh beri jaminan, kami cukup praktikal dan prihatin (dalam soal kebersihan).

“Kerana (saya berpegang pada prinsip) saya tidak akan menghidangkan makanan yang saya sendiri tidak boleh menjamahnya tambahan pula agama kita (Islam) amat menekankan konsep kebersihan” ujarnya lagi, lapor Suara.TV

Rakaman jijik pekerja menggunakan mop yang sama



Permohonan Maaf Dan kesal pemilik restoran



Hmm.... Pecat tu dah bagus, tapi betul-betul ke pecat? Takut-takut pekerja tersebut hanya dihantar ke cawangan lain sahaja. Dan karenah pekerja asing khususnya di restoran-restoran "mamak" ni bukanlah perkara baru di negara kita. Malas cakaplah, semua orang pun tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....