Adakah benar apa yang dikatakan ini? Kerana selama ini dilihat pucuk pimpinan UMNO seolah-olah hak eksklusif keturunan-keturunan tertentu?
Perhimpunan Agong Umno kali ini kita dapat lihat gesaan dari 2 pemimpin tertinggi Umno yang mengesa agar golongan muda diberi ruang didalam parti.
Semasa konvensyen Umno Johor,Presiden Umno Ds Najib menyarankan agar golongan muda menyertai saf kepimpinan parti.
Rentetan daripada itu,gesaan yang sama diluahkan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid.
Pisau sifatkan teguran Ds Zahid begitu sinis dan tajam menghiris kaum puak yang mengamalkan nepotisme didalam parti.
Kita semua sedia maklum, ada pemimpin peringkat cawangan kekal menjadi ketua hingga lebih 30 tahun,ketua wanita isteri kepada ketua cawangan.. manakala anak lelaki jadi ketua pemuda..anak perempuan jadi ketua puteri.. maka seluruh cawangan di sendirian berhadkan.
Ada kes di mana keahlian baru disekat,anak anak muda yang baru habis belajar ditambah punyai kelulusan universiti dihalang malah borang mereka di peti sejukan.. ada ketua cawangan berasa tergugat dengan senario ini..tetapi apa mereka peduli..hatta nama Umno busuk sekali pun..
Begitu juga di peringkat bahagian dan juga peringat pimpinan tertinggi parti.. harus diingat legasi Tun M ketika beliau di puncak kuasa melarang ahli keluarganya memegang apa apa jawatan didalam parti.
Inilah hebatnya Umno,pemimpinnya boleh bersuara secara terbuka menegur dan mengkritik dari bawah hinggalah ke atas..
Cadangan Ds Zahid mahu menukarkan perlembagaan Umno agar memudahkan golongan muda menyertai Umno tanpa melalui cawangan memang di tunggu ramai diluar sana.. harap dilaksanakan seberapa segera yang mungkin..
"Jawatan dalam parti bukan milik selamanya mana-mana keturunan, sebaliknya peluang harus diberikan kepada golongan muda mengambil alih tanggungjawab tersebut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Mengulas gesaan bagi menjayakan proses peremajaan parti, naib presiden Umno itu berkata tanggapan mengatakan sesuatu jawatan yang disandang untuk selama-lamanya sudah berlalu kerana ia bukan kekal bagi satu legasi sahaja.
“Kita bukanlah ‘warlord’ yang menganggap jawatan dalam parti itu kepunyaan kita dan harus dimiliki keturunan kita atau terus dipegang oleh kita,” kata Zahid semasa sidang media selepas menghadiri program anjuran Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Putrajaya.
Beliau menggesa pemimpin yang sudah terlalu lama berada dalam Umno supaya memberi laluan kepada generasi baru sebelum mereka sendiri yang diundurkan.
“Bila tiba masanya, bila dapat isyarat yang kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundur diri sebelum kita diundurkan,” katanya.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu depan menggesa golongan muda diberi peluang menyertai barisan kepimpinan Umno bagi meremajakan parti.
Najib berkata golongan muda perlu diberi panduan dan bimbingan memimpin supaya Umno dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif serta dinamik.
“Kalau mahu teruskan kekuasaan, kita mesti lakukan peremajaan pada parti dan mesti cari kepimpinan yang boleh dianggap sebagai ada kemampuan,” katanya.
Zahid sementara itu berkata, Umno ketika ini sedang menimbangkan mengubah perlembagaan parti bagi membuka peluang kepada golongan muda terus menyertai parti Melayu tersebut tanpa perlu melalui cawangan atau bahagian di negeri-negeri.
Pengkritik sebelum ini menyifatkan proses peremajaan Umno gagal kerana sering disekat pemimpin lama di peringkat cawangan dan bahagian.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....