LAWAK TAHAP GABAN : Kenyataan Berani Mati KP JPJ



Kuala Lumpur - Kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),  Datuk Seri Ismail Ahmad berhubung angka kematian maut baru-baru ini menjadi bahan lawak media sosial dan disebarkan secara meluas melalui aplikasi WeChat, Telegram dan Whatsapp.

Di dalam klip video tersebut Ismail ketika ditanya wartawan dari Astro Awani berkata pihaknya menjangkakan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya akan meningkat sebanyak 10,716 kes.



“Kita jangka rakyat negara kita akan mati (akibat kemalangan) sebanyak 10,716 menjelang tahun 2020, jadi usaha-usaha (yang dijalankan) kita ini adalah untuk mengurangkan rakyat mati diatas jalan raya kerana kita (JPJ) mempunyai KPI.

“Kita nak orang ramai mati 5,358 orang sahaja menjelang tahun 2020 (dan) ini dari segi teorilah” katanya di dalam klip video berdurasi 0:45 saat itu.

Walaupun pada hakikatnya kenyataan hanyalah merujuk kepada statistik dan perangkaan yang dilakukan, namun disebabkan penuturan tersebut tidak mengunakan gaya bahasa yang betul ia telah disebarkan secara meluas dan menjadi bahan lawak para penguna media sosial khususnya Facabeook.

JPJ sebelum ini melancarkan operasi penguatkuasaan besar-besaran osebagai satu langkah untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.


Tindakan JPJ memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, ‘strobe light’ dan lampu HID serta cermin gelap melalui Operasi Khas itu menerima kecaman dan kritikan hebat dari para penguna media sosial.

Operasi berkenaan dikecam hebat kerana dikatakan menyusahkan pengguna jalan raya dan menjadi punca kesesakan sehingga hampir dua jam.


Disebabkan itu JPJ akhirnya menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan itu.

Menurutnya Ismail, perasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

2 ulasan:

  1. Bila JPJ jalankan tanggung jawab yakni road block bagi memeriksa kesalahan lampu strobe, plat pendaftaran, cermin gelap mahupun HID light maka ia satu langkah normal dan harus dipuji.

    Namun hakikatnya JPJ gagal dalam menjalankan tugas mereka kepada tahap optima. Ini menyebabkan kesesakan lalulintas yg biasa berlaku ketika operasi mereka.

    KPI JPJ harus ditukar kepada operasi berdasarkan kepada maklumat awal. Kerap kali JPJ jalankan tugas apabila rakyat sudah komplen begitu lama yakni, operasi hanya dilaksanakan setelah peningkatan masalah diatas sudah sampai ketahap kritikal.

    JPJ harus bertukar kepada operasi yg dijalankan sekerap mungkin, dengan ini PENJUALAN lampu strobe, masalah "Berfesyen" pada plat pendaftaran, cermin gelap dan HID dapat dibendung pada peringkat awal.

    Dengan cara begini, semua kedai penjualan accessori akan memberhentikan perkhidmatan penjualan barangan yg melanggar undang2 jalanraya.

    Dengan ini ia bertepatan dengan langkah "Mendidik" dan bukan menjurus kepada MENDIDIK Melalui SAMAN.

    AG

    BalasPadam
  2. Melalui saman kerajaan dpt sumber pendapatan yg mudah dn cepat. Elok saman dan tutup kedai aksesori yg jual benda2 tu. Kn senang. Nk saman smpai bila pun x abis. Pemandu ada rekod memandu lebih had laju lebih 10 kali....batal je lesen...blacklisted kn. Lg satu kenderaan berusia 15 tahun ke atas elok di lupuskan. Ni antara penyebab kemalangan. Yg berusia 60 tahun ke atas di haramkn memandu di jln raya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....