KANTOIII.....PENCURI COLI PELAJAR UPSI AKHIRNYA DITANGKAP!!!



Sesetengah manusia mempunyai ‘sakit’ berkaitan kecenderungan seks yang melanggar fitrah manusia normal.

Apa yang ditakutkan, golongan ini mempunyai kecenderungan untuk membahayakan kaum yang lemah seperti golongan hawa dan kanak-kanak.

Contoh penyakit ‘pelik’ ini adalah kes yang berlaku di Taman Bahtera, Tanjung Malim baru-baru ini.

Penduduk setempat bersama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) berjaya menangkap seorang lelaki kerana disyaki mencuri pakaian dalam seorang penuntut wanita.



Penduduk setempat yang berang dengan perbuatan lelaki ini, malah bertindak menyarungkan coli yang dicurinya ke leher suspek.

Lumrah zaman media sosial sekarang, gambar suspek dengan coli terlilit di leher kemudiannya mula tersebar di internet.

Itu pun, ramai menyifatkan suspek dikira beruntung kerana tidak dibelasah dengan teruk sebagai mana dilakukan segelintir masyarakat setempat apabila ada penjenayah yang kantoi di kawasan mereka.

Entah apa yang ada di benak fikiran lelaki ini hingga sanggup mencuri pakaian dalam wanita agaknya?


Suspek yang dikatakan berasal dari Selangor dan bekerja di kilang pembuatan kenderaan di Tanjung Malim ini kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

- MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....