Hari ini telah membuktikan bahawa DAP tidak akan sama sekali BERKOMPROMI apatah lagi untuk tunduk kepada Parti Islam Semalaysia (PAS).
Ianya juga dilihat sebagai sikap tamak parti DAP kerana Speaker Selangor adalah dari parti DAP. Logiknya, apa perlu DAP bolot jawatan yang Timbalan Speaker dan berlakunya pertandingan ini.
Tetapi dalam masa yang sama, rakyat sudah muak dengan wayang kulit di antara PAS dan DAP yang tampak bergaduh besar tetapi mereka madih 'tidur sekatil'. Lebih-lebih lagi parti PAS yang sebelum ini gagal mempertahan maruah Presidennya sendiri.
Dan selagi PAS 'tidur sekatil' dengan DAP, rakyat anggap mereka hanya berdrama membohongi ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah dilantik sebagai timbalan speaker DUN Selangor yang baru setelah berentap mengalahkan Adun DAP.
ADUN PAS itu dilantik menduduki jawatan itu selepas mendapat undian sebanyak 28 undi.
Mohd Shafie dilantik sebagai timbalan speaker selepas namanya dicalonkan oleh ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.
"Dengan ini saya sukacita memasyhurkan Tuan Shafie Ngah dipilih sebagai timbalan speaker," kata Speaker Dewan Hannah Yeoh.
DAP yang tidak menyokong PAS telah turut mencalonkan wakil mereka sebagai timbalan speker ialah ADUN DAP Sekinchan Ng Swee Lin.
Ng dicalonkan oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kinrara Ng Sze Han.
Bagaimanapun, pemimpin DAP itu itu hanya mendapat 14 undi.
Pemilihan timbalan speaker yang baru dibuat susulan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya kerana dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru.
Sebelum sesi undian dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias memberitahu dewan negeri bahawa semua ADUN BN tidak mahu mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.
"Berkenaan pemilihan ini, semua ADUN daripada BN tidak mahu mengambil bahagian," katanya yang juga ADUN Sungai Burong.
Selepas itu, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata terpulang kepada mereka sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak.
Berita besar hari ini ialah berkaitan Belanjawan Selangor bagi tahun 2015 yang merupakan satu belanjawan defisit dan terbesar sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Ini kerana, anggaran perbelanjaan negeri pada tahun depan berjumlah RM2.42 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan berjumlah RM1.97 bilion.
Jumlah yang dibentangkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali juga antara terbanyak berbanding perbelanjaan tahun lalu yang dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu sebanyak RM1.85 bilion.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali membentangkan Bajet 2015.
Khalid yang menerima kecaman hebat ekoran bayaran pampasan lebih RM2.5 juta kepada bekas pembantunya dilihat meninggalkan perkarangan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam pada pukul 11 pagi tadi, separuh masa semasa sesi soal jawab.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun tidak bercakap dengan sesiapa tanpa sempat dihidu warga media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....