BIADAP!!! PEGAWAI JPJ KEMALANGAN DIMAKI DAN DILUDAH PULA!!




Tindakan seorang lelaki bersikap Biadap terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang terlibat dalam kemalangan tidak boleh terima akal. 

Melihat Pegawai JPJ kemalangan dan mengalami patah kaki sehingga sanggup meludah pegawai JPJ hanya kerana benci dan meluat melihat kakitangan² agensi berkenaan.


Status biadab Mohd Rahman Ramli:


"Hahaha. pagi tadi masa kat area besraya hiway. ada eksiden depan mata aku. superbike langgar belakang myvi. rider motor tercampak tengah jalan patah kaki. bila aku pergi nk tolong mangsa. laaa rupenye Staff jpj pakai unipom nk pi otw keje. haaa ambik aku ludah sedas siap aku maki2 budak tu sampai dia mengerang kesakitan mintak aku tolong. tapi aku buat taktau je. siap aku ludah kat dia sedas pastu tinggalkan dia langsung tak bagi pertolongan. pandai2 la kamu nk hidup wahai jpj oi.. pepandai la kamu call ambulan sendiri. haaa amik balik atas apa yg ko pnh buat kat orang selama ni."



APA SALAH JPJ?


Tersentak membaca ringkasan cerita ini. Kalau benar perkara ini berlaku, kenapa kami perlu diperlakukan sehingga sebegini rupa? Apa salah kami?

Salah ke kami kerana ingin menguatkuasakan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi? 

Salah ke kami kerana ingin memastikan pemandu dan penumpang sentiasa selamat?


Salah ke kami kerana ingin memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan selamat?

Dan salah ke kami kerana ingin memastikan jalan raya di Malaysia sentiasa selamat untuk SEMUA pengguna? 

Kalau benar semua itu salah? Jadi apa yang sebetulnya perlu kami lakukan?

Kalau ada di antara kami bersalah kenapa yang lain juga perlu merasa tempiasnya?

Cukup sedih, cukup pedih. Kalau ini yang perlu kami telan kami akur. Terima kasih wahai rakyat Malaysia. 

Admin Fanpage Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

SUMBER

13 ulasan:

  1. Jpj tak salah menegakkan undang,tapi setengah kakitangan JPJ tu yang terlebih sudu dari kuah bila berinteraksi dengan orang awam.

    BalasPadam
  2. JPJ kene teruskan kerja secara normal. Anggap lah perkara pelik ini di buat oleh org yang tak siuman saperti di atas.

    Setiap perbuatan itu akan ada balasan nya.
    Bersabar lah.

    BalasPadam
  3. What goes around comes around. Budak yang biadap dan kurang ajar macam ni, suatu hari nanti, akan meminta pertolongan dan harap2 ketika itu, dia diludah sedas siap dengan kahak hijau sekali.

    Budak kurang ajar macam ni buat malu mak bapak. LAKNAT!

    BalasPadam
  4. Amboi sedapnya mengata...Dia orang menjalankan tugas yang diamanahkan kerana menjawat jawatan dalam jabatan tersebut. Cuba letakkan diri kita seperti mereka...kalau dah ditakdirkan betugas dengan jabatan tersebut, Mungkin pelakuan dan perangai kita akan lebih teruk daripada yang ada sekarang. Kalau kita tidak membuat kesalahan jalanraya yang boleh didenda oleh mereka, sudah pasti kita tidak dipengapakan...ini tidak, salah pegawai JPJ nampak sangat tapi kesalahan yang kita lakukan itu samada betul atau pun salah....Tak kan kita nak guna undang undang rimba pula kat malaysia ini....Rakyat negera lain makin maju kedepan tetapi rakyat malaysia dah hampir terbalik sebab nak mundur ke belakang balik kezaman jahiliah yang tidak pernah mengenal undang undang.

    BalasPadam
  5. PATUT DI LUDAH PUN PEGAWAI JPJ TU.satu hari ada kemalangan penuntut UITM di persiaran MOKTHAR DAHARI MEREKA BUAT TAK TAHU SAJA BIARKAN PENUNTUT WANITA TERBARING DI TEPI JALAN TAK MAHU TOLONG HANTAR KAT HOS SUNGAI BULOH.

    BalasPadam
  6. Dulu terkejut juga dengan perangai orang-orang muda ni. Tapi kini dah biasa. Dah lihat beberapa kali. Kereta nak berlaga di petrol stasyen sanggup sumpah seranah perempuan separuh umur. Tegor parking halang gate rumah sumpah seranah makcik tua. Belum lagi tunjuk isyarat lucah. Bagaimana ketua-ketua guru boleh relaks macam tak ada apa-apa aja ? Kalau bukan urusan/tanggungjawab tuan-tuan sekelian, siapa lagi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini dah lebih...!!! asyik2 nak longgok masalah kpd guru. murid2 semuanya tiada mak bapak ke? soal moral dan didikan agama anak2 semua nak harapkan sekolah dan cikgu. apa pulak tanggung jawab ibu bapa, tukang beranak sahaja ke?

      Padam
  7. untuk berlaku adil, kita kena muhasabah balik siapa kita, apa yang pernah kita buat dan apa yang kita tak mampu buat. tugas pegawai jpj ialah menguatkuasakan undang2 yang telah digazetkan di parlimen. itu semua orang tahu. bagaimanapun, kita juga perlu telus dan wajib telus dengan kuasa penguatkuasaan yang diturunkan kepada kita. contoh mudah, jika kita boleh menguatkuasakan peraturan penggunaan cermin gelap dan no plet kenderaan, janganlah sesama penguatkuasa untuk melanggar peraturan yang dikenakan kepada orang awam. cermin pegawai jpj terlalu gelap, no plet yang tidak mengikut peraturan dan sebagainya akan diperhatikan oleh orang awam. mereka akan marah dan menyampah. natijahnya, lihatlah respon orang awam bila pegawai jpj kemalangan. mungkin pegawai yang jatuh tu pegawai yang baik, tetapi orang awam yang menyampah dengan pegawai jpj akan tangkap muat semua pegawai jpj sama saja. ini semua luahan hati dan perasaan yang tidak puas hati....

    BalasPadam
  8. Apa2 pun, budak yang meludah tu memang KURANG AJAR. Memalukan.

    BalasPadam
  9. Apa kena mengena no plate dengan faktor kemalangan....pelik arrr...ulasan diberikan oleh wakil JPJ D tv 3

    BalasPadam
  10. apa kes MPV JPJ blok lori atas divider yg mengakibatkan kmlgan maut di Ayer Tawar, Perak ...2 lori, 1 bas, 2 kereta, 1 motor, 1 basikal...? senyap terusss.....

    BalasPadam
  11. yang meludah itu sudah tentunya islam dan berbangsa melayu,..dan yang di ludah itu sudah pasti melayu dan islam,..usah buat penafian kerana 98% pegawai JPJ adalah anak melayu. Apakah ini ajaran nabi Muhamad iaitu nabi junjungan umat islam,..dan apakah ini juga ajaran islam yang di anuti oleh hampir 99% rakyat malaysia...? Aku bukan islam dan bukan berbangsa melayu , dan kalau kau sanggup meludah sesama kaum kau sendiri,sesama bangsa kau sendiri,..pasti satu hari bangsa dan agama kau akan lenyap di tanah orang asli ini. kau kena ingat,.kami bangsa portugis (Papia Kristang) tidak pernah tunduk dan berdiam diri selepas pengunduran Panglima Alfonso de'Alburqueque dari Melaka,.tapi kami yang tinggal ini akan tetap sentiasa mencari peluang menjajah kamu kembali,..INGAT, MELAYU,..ini satu cabaran pada kamu semua,..kalau kamu saling bertingkah dan bertelagah dan tidak bersatu-padu sesama bangsa kamu dan seagama kamu sendiri,..sampai masa kami akan jajah dan memijak bangsa dan agama kamu kembali !!!!!!!!!!!!!!!!!....INGAT,...

    BalasPadam
  12. Mmg patut pon budak tu buat macam tu. Org yg keje bawah jpj ni semua pelajaran takat2 hidung je.

    Bila dapat keje gomen bwlagak macam title ketua pengarah.

    Sorry to say la. Korang ni mmg bangang bodoh semua title b KO pegang.

    Tak payah mengadu dalam blog la. Boleh blah



    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....