KENYATAAN MEDIA : PANGLIMA MALAYSIA
PANGLIMA MALAYSIA mendesak PDRM dan Jabatan Multimedia menyiasat dan mendakwa terhadap individu yg mengedit gambar seorang pendakwah terkenal iaitu Ust Azhar Idrus ( UAI ). Anak-anak muda begitu marah dengan penyebaran video dan gambar tersebut dengan diviralkan keseluruh malaysia.
Dizaman fitnah serba moden ini, PANGLIMA MALAYSIA akan mendesak kerajaan malaysia membuat satu rang undang2 khas berhubung dengan sesiapa sahaja yg membuat, mengedit dan menyebarkan dikenakan tindakan yang berat. Apa yg kita dapat lihat sekarang ialah pengfitnah tidak dikenakan apa2 tetapi sipelaku pula akan dikenakan. Integriti penguatkuasa seperti tiada maruah lg apabila kes ini sentiasa berulang,
Maka dengan ini, PANGLIMA MALAYSIA akan menghantar satu usul khas kepada jabatan multimedia dan PDRM untuk mengambil serius dalam hal yg berkaitan seorang Murabbi unggul dimata masyarakat islam terutama orang melayu.
Seandainya perkara ini tidak disiasat dan tiada tindakan, PANGLIMA MALAYSIA akan menggerakan seluruh rakyat malaysia membuat perhimpunan protes secara besar besaran dihadapan pejabat jabatan multimedia akan datang.
Sulaiman Ibrahim@LRL
Presiden
PANGLIMA MALAYSIA
( Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama ) Malaysia
sumber fb : klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....