Johor, 12 Okt - Sebuah jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang bersebelahan Taman Kobena dilaporkan runtuh.
Jika dilihat pada gambar, boleh dilihat ada kereta yang tersepit di bawah jejantas yang ranap itu. Kejadian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Pengguna yang biasa menggunakan jalan terbabit diminta menggunakan jalan alternatif terlebih dalulu sementara tindakan selanjutnya dibuat oleh pihak berkuasa.
Setakat ini, kami masih belum boleh mengesahkan jika ada kemalangan jiwa yang terlibat dalam kemalangan ini.
Laporan Awal Runtuhan Bumbung Jejantas
Alamat : L/Raya Perling - Pasir Gudang
Balai : BBP Johor Bahru
Keanggotaan : PBK II Krishnan / 9 anggota
Terima Panggilan : 16:38:26
Jentera Keluar : 16:39:55
Jentera Sampai : 17:05:00
Operasi Tamat : Ops masih dijalankan
Maklumat Kejadian : Berlaku runtuhan bumbung sebuah jejantas dan mengakibatkan kerosakan 2 buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal
Video sekitar lokasi kejadian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....