PECAT KHALID : Janji Anwar Dituntut!!!!



Facebooker pro reformasi, Yusof Kamaruddin menuntut Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janji untuk menjelaskan kepada rakyat sebab sebenar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu disingkir.



Khalid dipecat dari PKR pada 9 Ogos menyebabkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu diganti dengan Mohamad Azmin Ali kerana beliau sudah menjadi wakil rakyat bebas.

Sebagai menjawab reaksi kemarahan rakyat, Anwar telah berjanji pada 28 September untuk menjelaskan sebab sebenar penyingkiran Khalid itu.

Namun sehingga kini, kata Yusof, Anwar gagal menunaikan janjinya itu.


“Apakah ianya dibiarkan berlalu bagitu sahaja kerana dia idola kita? Adilkah kita?,” kata Yusof.



Facebooker Archidea Cronixx pula menyiarkan kenyataan Khalid selepas pulang dari Brisbane, Australia semalam.

“Saya tidak akan mengalah dan meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Kelang maupun Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

“Itulah ayat pertama yang keluar dari mulutnya sebaik sahaja tiba dari Brisbane, Australia setelah bercuti hampir 3 minggu,” lapornya.

“Saya akan lawan untuk membersihkan nama baik saya, biar Rakyat Menjadi Hakim Negara pula” kata Khalid yang disambut oleh para penyokongnya di bilik Melor VIP Service Lounge, KLIA.



Sementara itu facebooker R Ed Mikael pula menempelak slogan ‘Rakyat Hakim Negara’ yang digunakan oleh PKR untuk mengajak rakyat menyertai perhimpunan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 28-29 Oktober ini.

Menurutnya, rakyat tidak perlu menjadi ‘hakim’ terhadap keputusan kes liwat Anwar kerana PKR sendiri telah membuat keputusan itu.

Ia merujuk kepada kain rentang ceramah anjuran PKR Negeri Kedah berbunyi :

“Ceramah : Amanat Anwar Ibrahim sebelum ke penjara.”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....