HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI - SPRM CEKUP SPRM!!!



Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana disyaki menerima rasuah bernilai RM50,000.

China Press melaporkan, pegawai dari Negeri Sembilan itu disogok untuk menyembunyi kes rasuah individu lain.

Namun kes tersebut terbongkar dan pegawai yang menerima sogokan akhirnya ditahan oleh rakan sekerja sendiri pada 1.30 petang, Khamis lalu (16 Oktober).

Difahamkan wang sogokan bernilai RM50,000 telah dimasukkan ke dalam akaun bank suspek melalui dua transaksi masing-masing berjumlah RM20,000 dan RM30,000.


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Anfaal 8:27)

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." (Al-Anfaal 8:28)


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfaal 8:29)

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya." (Al-Anfaal 8:30)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....