Anwar Ibrahim kini mula kecut perut apabila menerima satu SMS meminta agar semua penyokong/macai jangan hadir dalam setiap himpunan selamatkan Anwar.
SMS ini dihantar oleh beberapa penyokong Anwar Ibrahim dan disebarkan diseluruh Malaysia.
SMS itu bertujuan untuk menghindarkan orang ramai supaya tidak menghadirkan diri dalam ceramah fitnah Anwar Ibrahim kerana itu hanya kerja sia-sia.
Dalam perkembangan lain, Pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih keselamatan universiti pada 27 Oktober dan semua pintu pagar university akan ditutup mulai jam 4 petang kecuali pintu pagar utama.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih keselamatan kampus Universiti Malaya (UM) bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok, kata Prof Datuk Dr Rohana Yusof.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu dalam surat pekeliling kepada semua pelajar UM berkata, pihaknya mendapat amaran daripada pihak PDRM yang pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu adalah perhimpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.
"Kesemua pintu pagar universiti (kecuali pintu pagar utama) juga akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.
"Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi. "Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober," katanya.
Rohana berkata, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitar bermula jam 4 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....