BONGKAR!!! SURAT DEDAHKAN RAFIZI LEBIH BERKUASA DARI AZMIN!!!!



Timbalan Presiden PKR merangkap Dato' Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menafikan wujudnya perjanjian antara dirinya dengan PKR Pusat berhubung pelantikannya sebagai menteri besar Selangor.



Azmin ketika ditemui pemberita semasa program turun padang di Pelabuhan Klang menafikan kewujudan perjanjian tersebut dan menegaskan pelantikannya adalah keputusan parti.

"Tak adalah. Itu keputusan parti," katanya selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, hari ini.

Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisannya "Rafizi's real job as Sec-Gen" mendedahkan satu surat yang ditulis Setiausaha Agung PKR Mohamed Rafizi Ramli kepada Azmin.

Surat tidak bertarikh itu mensyaratkan PKR berhak memecat Azmin sebagai menteri besar Selangor jika didapati tidak mengikut arahan parti.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.

Namun, Raja Petra mendakwa Azmin sehingga sekarang tidak menandatangani surat perjanjian itu.



Macam-macam la wayang dan drama diorang ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....