Dialog diadakan di Rusila petang semalam.. berikut petikan dari perjumpaan tersebut:-
1. Bagi mereka yang baru dalam politik, mungkin merasakan apa yang berlaku berat sangat sampai mabuk laut. Kita berpengalaman memerintah bahkan di kelantan 20 tahun lebih, tiba-tiba kita hormat pada dap dan rakan kita yang baru berapa pengggal.
2. Di Selangor, masalah bukan masalah kita. Masalah dibuat oleh rakan kita. Ada dikalangan kita nak buat raja macam tunggul kayu, itu tak boleh. Mesti ada akhlak, walau buruk macam mana pun raja mesti ada adabnya. Mesti ada peranannya.
* Ucapan TGHA pendek sahaja, selebihnya soalan dari pendengar dan hadirin
1- Tanya pasal hudud, bila pulak nak bawa ke parlimen?
Mesti ikut politik islam. Syarat untuk melaksanakan mesti ada 5 syarat, negeri, rakyat, perlembangan, undang-undang dan pemimpin. Baru layak dan wajib untuk melaksanakan macam pergi ke Mekah.
2. Mengenai Tengku Razaliegh Hamzah.
Mula-mula PKR pujuk dulu, lepas tu suruh kita pujuk. Ku Li tak mahu pkr atau dap. Jadi kita kena nok wat macam mana.
3. Mengenai PASMA.
Siapa nak tubuh parti, silakan. Itu hak mereka. Kalau ada nyamuk sekor payoh jugak kita nak tidur.
4. Sikap mengenai yang tak wala, bila nak pecat?
Dulu pecat hassan ali sebab jelas dan ada bukti. Selagi tak cukup bukti kena tunggu.
Mengenai perlantikan ajk pas pusat, yang salah saya, bukan masalah saya. Tu masalah kawasan yang lantik sesiapa yang dilihat layak. Dipilih dalam muktamar.
5. Sebab PAS hantar 3 nama?
Rakan kita nak paksa kita hantar 1 nama. Kalau hantar 1 nama sultan nak pilih macam mana??? Sultan tulis surat hantar lebih drpd 2 nama. Lebih 2 nama bermakna 3 ke atas. Jangan ingat pemimpin PAS bodo, kalau hantar 2 nama istana kata kita dok reti bahasa. Pemimpin PAS dok bodo sampai setara tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....