PADAN MUKA!! DAP Balas Dendam Dengan PAS Di Penang!!!



PAS oh PAS.... sampai bila perjuangan tahalul siyasi korang akan berterusan dengan PR. Sampai bila maruah dan harga diri perjuangan Islam dibiar untuk dipermainkan?


Selepas "diperkecilkan" kuasa di Selangor, Kini giliran DAP pula memperbodohkan PAS di P. Pinang. Kalau perbuatan Iszuree ni salah atau tuduhan tidak benar, tampillah buat penerangan baru cara yang betul. Ini main pecat terus. 


Kononnya tempat muktamar PAS tidak sesuai dijadikan tempat untuk mengadu hal negeri. Pirahhhh, jawaplah kenyataan dia senang semua orang pun nak tahu keadaan semasa pembangunan di Penang macam mana.

Pada 19hb September 2014 yang lalu seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dalam muktamar PAS di Batu Pahat telah mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Negeri adalah sama seperti Umno/BN.

Kenyataan beliau ini dianggap sebagai musuh dalam selimut kerana dikatakan dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

Akibat dari kenyataan beliau itu, Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK) pada 25hb September 2014 telah bermesyuarat dan memutuskan mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta merta dan semua peruntukan dibekukan.

Sepucuk surat dikeluarkan tentang pemberitahuan keputusan itu.

Bahasa yang digunakan agak mild iaitu mengeluarkan tetapi hakikatnya beliau dipecat atau ditamatkan atau diberhentikan atau dibuang.

Tidaklah diketahui sama ada suatu penjelasan dipohon dari Sdr Iszuree Ibrahim ataupun tidak tetapi adalah tu kot sebab Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan sikap dan slogan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T)

Sebagai kerajaan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T) sudah pasti surat tunjuk sebab dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan secara bertulis sebelum menjatuhkan hukuman pecat.

1 ulasan:

  1. Memang salah Izuree ,dia samakan dasar DAP dan BN ,mana ada sama.Umno/BN bena rumah murah utk rakyat,DAP hanya bena rumah dan kondo mewah.Itu yg DAP marah tu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....