HIDUP ATAU MATI : ANWAR GUNA TALIAN HAYAT TERAKHIR!!!



Menjelang majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baharu yang dijadualkan Selasa ini, PKR masih belum berputus asa bagi memastikan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih mengisi jawatan berkenaan.

Dilihat sebagai usaha terakhir, PKR mengambil keputusan menghadap Sultan Selangor bagi menyatakan sokongan kepada Adun Kajang itu selepas timbul spekulasi Timbalan Presiden parti itu Mohamad Azmin Ali akan dilantik sebagai menteri besar.


LUCU…mahu tukar pentadbiran Selangor menerusi resolusi dari hotel

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menerusi kenyataannya malam ini memberitahu keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Biro Politik PKR yang dihadiri semua pimpinan kanan hari ini.

“PKR mengambil pendirian kedudukan sokongan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah.

“Oleh demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenan Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ihsan Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah,” katanya dalam kenyataan itu.

Saifuddin berkata, mesyuarat itu diadakan lanjutan beberapa perkembangan terkini berhubung perlantikan menteri besar Selangor yang baharu.

Ini termasuk pengesahan Istana Selangor bahwa kad jemputan sudah mula diedarkan kepada beberapa pihak bagi menghadiri istiadat angkat sumpah menteri besar baharu itu pada 23 September ini.

Selain itu tersebar pula khabar angin mengatakan Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa akan dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saifuddin dalam kenyataan itu turut mengatakan PKR akan terus menjunjung kedaulatan Sultan Selangor dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang dinaungi baginda.

Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sepakat bersetuju Dr Wan Azizah calon paling layak mengambil alih jawatan menteri besar Selangor memandangkan beliau mendapat sokongan majoriti 30 daripada 56 Adun Selangor.

2 ulasan:

  1. BAGI ANWAR BUKAN ISU LAYAK ATAU TIDAK WAN AZIZAH JADI MB SELANGOR TAPI IANYA DEMI KEPENTINGAN DIRINYA SENDIRI.JADI RAKYAT SELANGOR HARUS TAMATKAN POLITIK ANWAR.

    BalasPadam
  2. APA APA PUN ANUAR JANGAN BAGI RUANG LAGI UNTUK KACAU SELANGOR KERANA MB AZMIN ADA LAH PENTABIR KERAJAAN NEGERI SELANGOR BOS DIA ADA LAH SULTAN SELANGOR BUKAN ANUAR,ANUAR BOS DALAM PARTI KECIK INI LAGI BESAR TAU.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....