Merujuk kepada artikel terdahulu, seorang pemandu teksi dari aplikasi UBER telah mencederakan seorang penumpang yang menggunakan perkhidmatan UBER teksi di San Francisco, Amerika Syarikat. Dalam kes tersebut, pemandu yang dipercayai bernama Patrick Karajah telah memukul seorang penumpang dengan menggunakan hammer kerana marah terhadap penumpang tersebut.
Antara sebab seperti berikutlah mengapa pihak SPAD dan JPJ telah bersetuju untuk mengambil tindakan terhadap perkhidmatan UBER Teksi di Malaysia. UBER Teksi yang beroperasi di Malaysia merupakan satu perkhidmatan awam HARAM yang melanggar undang-undang negara. Antara undang-undang yang tidak dipatuhi oleh UBER Teksi adalah:
1. Penggunaaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan dibawah Akta SPAD 2010.
2. Pemandu UBER Teksi tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Awam 1987.
Jadi sebagai pengguna, saya berharap kita berfikir sebaik mungkin sebelum bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan UBER Teksi. Ini kerana perkhidmatan UBER Teksi ini tidak memberikan perlindungan kepada kita sebagai seorang pengguna, baik dari segi undang-undang mahupun insurance dan sebagainya. Pujian harus diberikan kepada pihak SPAD kerana masih konsisten bahawa kepentingan pengguna akan dijaga dan tindakan akan diambil terhadap UBER Teksi.
Janganlah jika sesuatu terjadi baru kita hendak sedar dan kemudian kritik kerajaan. Langkah penghapusan UBER Teksi oleh SPAD dan JPJ ini wajar disokong oleh segenap lapisan masyarakat.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....