CAJ TOL : Singapura Cuba Mengajar Malaysia???



Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura menegaskan jika Malaysia mengurangkan kadar tol, Singapura akan turut berbuat demikian.

Jurucakap LTA berkata polisi Singapura ialah untuk menyamakan kadar tol yang dikenakan Malaysia.
Jurucakap itu turut menjelaskan tentang laporan media bahawa hanya pengguna yang menggunakan Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) perlu membayar tol yang dinaikkan apabila memasuki pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) Malaysia sebagai tidak betul.

Tol Malaysia yang dinaikkan dikutip di CIQ walaupun pengguna tidak menggunakan EDL selepas keluar dari CIQ, sebaliknya pengguna yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ tidak membayar tol, katanya.

Jurucakap itu berkata ini bermakna tol yang dinaikkan merupakan tol tambak. – BERNAMA

2 ulasan:

  1. Malaysisa berhak setengah dari tambak.

    BalasPadam
  2. Kalau nak samakan kadar patutnya kadar tol di sebelah Malaysia ikut sahaja kadar tol di Singapura dalam SD dengan nilai setara sebelum ditukar dalam RM.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....