BIADAP!!! PENGHINAAN DAN PROVOKASI MELAMPAU SHARIMAN!!!



Maaf, penulis bukanlah penyokong atau ahli kepada Parti Islam Semalaysia (PAS), namun perbuatan yang dilakukan oleh pemilik akaun "Shariman Immortal Omar" adalah biadab dan keterlaluan!!!

Siapa dia untuk menggelar orang lain sebagai ANJING mahupun BABI?



Ini baru dua laporan polis yang pernah dibuat oleh orang ramai kepada pemilik akaun Shariman Omar. Pertama satu masa dahulu ketika beliau menghina Negeri Kelantan.

Laporan polis kedua menghina juruterbang MH370. Dan terbaru kelmarin menghina kematian As Syahid Ustaz Lotfi dengan mengaitkannya dengan politik yang melampau.


Ini rakaman gambar terbaru khas buat Shariman Omar. Keadaan jenazah Ustaz Lotfi yang berpeluh di sekitar dahi dan pipi dan darah segar masih keluar dari setiap lukanya. 




Tanda-tanda kesyahidan

1. Tubuhnya berkeringat
2. Mengeluarkan bau yang harum
3. Darah masih mengalir
4. Tubuhnya tidak kaku, seperti mayat yang baru meninggal beberapa saat.
5. Wajahnya berseri.

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ


“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.”
(HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari)


Antara Ganjaran mati syahid

Rasulullah bersabda:

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar melihat tempatnya didalam surga dilindungi dari azab kubur dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari, dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya” 

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Buat pembaca semua dan khususnya Shariman Omar, Islam tidak mengajar umatnya untuk mencerca dan menghina sesama manusia apatah lagi mereka yang telah pergi. Soal matinya mereka dalam keadaan syahid atau tidak, itu urusan Allah. Dan kita telah diberi petunjuk serta ilmu melalui pesuruhNYA sama ada para Nabi Atau RasulNYA tanda-tanda serta golongan-golongan yang diterima SYAHID.

Kepada pihak berkuasa, bertindaklah!!!! Bendunglah sebelum menjadi lebih parah!!!

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....