INDIVIDU di atas adalah seorang pendakwah bebas. Wan Ji Wan Hussin yang juga merupakan bekas Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulama Pas Selangor ditahan polis bawah Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi kerana menghina sultan.
Wan ji ditahan 2 pagi tadi dan difahamkan akan didakwa di mahkamah hari ini.
Beliau dikatakan ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.
Wan Ji pernah mencetuskan kontroversi di laman media sosial apabila video bertajuk "[TERGEMPAR] Ust Wan Ji Hapuskan Sistem Sultan" yang dimuat naik pada Jun lalu di YouTube memaparkan beliau sedang memberi penerangan tentang perancangan untuk menghapuskan sistem kesultanan di negara ini.
Sambil melakar peta perancangan di papan putih, 'ustaz' berkenaan dalam keadaan sedang memberikan penerangan, bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik dengan menghapuskan kuasa sultan pada 2030.
"Kita dah buat perancangan. Sebenarnya game ana (saya) ini awal lagi, 2011 dah ada. Apa ana punya game? Game ana, tahun yang pertama, ana nak buat game orang kata sultan syaitan. Mulut orang, syaitan, syaitan, syaitan dan terbukti berjaya. Game yang kedua, 2012 dan 2013, macam mana nak letup bagi gegar sikit?
"Mesti ada orang kena tangkap kerana faktor sultan. Maka lahirlah orang nama Aduka Taruna, Ahmad Abd. Jalil dan ada orang namanya, Wan Ji. Game tu dah berjaya, sekarang fikir game 2013. Apa nak buat? Itu aku tak boleh cerita. Maknanya, dia ada game step by step untuk mencapai kejayaan sultan zero. Inflasi sultan," katanya di dalam video tersebut.
Wan Ji juga merupakan seorang penulis blog terkenal menggunakan nama Al Bakistani dengan pautan blog http://82-g.blogspot.com/
Di dalam blog berkenaan, terdapat artikel yang jelas menunjukkan kebenciannya kepada sistem kesultanan di negara ini.
Anggota PAS itu juga terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap kumpulan pro-ulama dalam parti Islam itu.
- SUMBER
mau kudeta tuh orang
BalasPadam