WOW!!! LEGOLAND MOHON MAAF SELEPAS DIMARAH NORA DANISH!!!


Hotel Legoland Malaysia Resort memaklumkan pihaknya telah pun memohon maaf kepada pelakon Nora Danish dan keluarganya di atas insiden terperangkap di dalam lif yang menimpa mereka sekeluarga ketika menetap di hotel tersebut.

Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, pihaknya telah meminta maaf secara peribadi dengan Nora dan keluarganya sejurus selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada Ahad.


Deviga turut menambah dalam satu kenyataan kepada, kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.


Pihak hotel Legoland Malaysia Resort kini sedang bekerjasama dengan pembuat lif,  Antah Schindler Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kerosakan lif. 


Deviga turut mengesahkan bahawa Pengarah Hotel, turut ada bersama Nora dan keluarganya untuk memastikan semua keperluan dipenuhi, mengikut piawaian antarabangsa hotel.


Ketika ini, pihak Legoland Malaysia sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat Nora dalam akaun media sosialnya.


Pada Ahad, Nora Danish memuat naik gambarnya bersama keluarga di dalam lif di hotel Legoland Malaysia Resort yang dikatakan berhenti berfungsi. 


Nora Danish dan keluarga terperangkap dalam lif selama satu jam.


Dalam laman Instagram milik Nora, artis itu menyatakan bahawa dia, kakaknya dan seorang pengawal peribadi terperangkap dalam lif selama satu jam dan cuba menghubungi penjaga lif selama sepuluh minit sebelum dijawab. 


Menurut Nora lagi, dia marah apabila penjaga lif memberikan alasan bahawa perkara sebegitu selalu berlaku kerana ia sesuatu yang sangat merbahaya.

-Awani



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....