VIDEO : Melampau!!! "Polis"Guan Eng Mahu Perang Dengan Polis Malaysia?



Selepas menggelar Ketua Polis Negara Sebagai tidak waras kerana mengeluarkan arahan menyiasat pertubuhan haram PPS , DAP hari ini berkeras akan mempertahankan PPS walaupun ianya jelas menyalahi undang-undang sedia ada.

Setiausaha Agung DAP , Lim Guan Eng juga secara angkuh menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak takut kepada Ketua Polis Negara dan PDRM serta memberi amaran supaya jangan main-main dengan PPS.


Persoalannya kini mengapa Guan Eng selaku Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tahu bahawa apa yang dipertikaikan adalah disebabkan oleh tindakan keterlaluan anggota PPS yang dilihat bukan menjurus kepada mengawal keselamatan orang awam.

Insiden memukul ala mafia melibatkan anggota PPS yang berlaku di Pulau Pinang sejak pasukan itu ditubuhkan sudah cukup untuk menimbulkan kesangsian banyak pihak.

Insiden ini berlaku setelah seorang anggota PPS dilaporkan telah menyerang seorang lelaki cina sehingga menyebabkan kecederaan serius.Disebabkan tindakan sedemikian maka banyak pihak tampil mempertikaikan PPS dan setelah disiasat pasukan itu tidak didaftarkan secara sah.

Memandangkan anggota pasukan ini terlibat dalam mengawal keselamatan orang awam maka kegagalan pasukan ini didaftarkan dengan pihak yang sepatutnya mengundang kerisauan banyak pihak memandangkan sudah terdapat insiden rakyat dibelasah oleh anggota PPS.




Persoalan timbul siapakah yang memantau para anggota pasukan PPS ?

Siapakah yang memberikan latihan kepada anggota PPS ?

Dalam masa yang sama anggota PPS turut dikesan melakukan tugas-tugas parti DAP dengan memakai pakaian seragam mereka. Adakah ini merupakan sebahagian daripada tugas-tugas PPS ?

Guan Eng ternyata cuba untuk menutup kelemahan sendiri dengan membuat kenyataan secara terbuka bahawa kerajaan negeri DAP tidak takut dengan pihak PDRM seolah-olah satu cabaran dibuat kepada pihak Polis supaya jangan sesekali mengganggu apa sahaja urusan yang dibuat oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Bukankah itu juga merupakan satu ugutan yang boleh diklasifikasikan sebagai ancaman kepada pihak PDRM sendiri dan apakah DAP kini mahu "berperang" dengan PDRM ? (sumber


1 ulasan:

  1. Mmg niat nak berpecah dr TANAH MELAYU la ni..
    Kerajaan negeri berkuasa untuk keselamatan negara atau pdrm? Pdrm no need to answer to u la. U have to answer to polis. Hello! U duduk negara father and mother u sendiri ka?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....