Selepas Iskandar (PAS), Azmin Pula TEMBAK Saifuddin!!! Kronik Dah.....




Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menegaskan PKR tidak ada calon lain menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dakwaan mengatakan wujud tekanan daripada rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya menggantikan Dr Wan Azizah dengan calon lain, termasuk timbalan presiden Azmin Ali, tidak benar, katanya.

"Khabar angin itu lemah, keputusan yang kita capai masih mengekalkan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," kata Saifuddin kepada pemberita pada satu sidang media di ibu pejabat PKR.

"Mesyuarat semalam dihadiri presiden dan timbalan. Semuanya sudah dipersetujui. Keputusan yang dicapai adalah kekal seperti yang diputuskan pada mesyuarat lalu," katanya.

Saifuddin mengulas dakwaan kononnya Azmin yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa akan diletak sebagai calon menteri besar.

Dalam isu lain, Saifuddin bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor Rabu lalu yang menyebut beberapa nama termasuk namanya.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu dijawab untuk isu tersebut.

"Saya sudah mengambil ketetapan, berdiam diri lebih banyak kebaikannya daripada saya menjawab," katanya ringkas ksemalam.

Ditanya berkemungkinan akan ada sidang media khas berhubung perkara itu, Saifuddin menafikannya.

"Tidak.. pendirian saya jelas, tidak mahu menjawab apa-apa walaupun di mana sahaja, tiada sidang media atau sebagainya," katanya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya berkata, kenyataan Saifuddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali tidak wajar serta berlainan sama sekali.

Menurutnya, situasi kemelut yang berlaku di Selangor tidak sama dengan krisis yang pernah berlaku dalam PR di Kedah, malah perbandingan antara kedua-duanya juga tidak setara.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan satu bukti yang mengaitkan beliau dengan tuduhan isu berkaitan balak, tanah, projek, pasir seperti disampaikan pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS), exco dan adun Pas hingga menganggapnya 'persis ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis'.

2 ulasan:

  1. Patutnya Sifudin ni sedar diri hari ini dunia tau nak Dato sampai merayu2 malu weeee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ke...patut la selalu jadi talam dua muka

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....