Lebih sudu dari kuah? Atau keghairahan yang terlampau?
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertindak memecat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Hulu Kelang dan Morib) sekiranya mempunyai kuasa.
Katanya, tindakan membelakangkan parti sedemikian bertentangan dengan sikap ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin yang sewajarnya difahami oleh setiap ahli parti.
"Pentingnya kepatuhan kepada pemimpin. Dua orang yang lompat itu melanggar adab disiplin jemaah, kalau saya ada kuasa saya pecat 2 orang ini.
"Apa lebihnya kita kepada Presiden dan PAS Pusat sehingga membuat keputusan mendahului jemaah kita sendiri. Jika dalam tentera kalau ingkar arahan ketua, akan ditembak," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kali ke 29 di Hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut hari ini.
Hadir sama Ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Ir Khairil Nizam Khirudin.
Sebelum ini, Mohd Amar menggariskan beberapa intipati yang perlu dipegang Pemuda PAS dalam usaha menjadi golongan pelapis negara antaranya, keikhlasan dalam perjuangan, kepatuhan kepada pemimpin dan meletakkan kepentingan jemaah melebihi perkara lain.
"Jika kita masuk PAS kerana mengejar kepentingan peribadi maka kita tidak akan kekal lama, sebab itu kita perlu ikhlas dalam perjuangan. Jika tidak, kita akan menjadi rosak bahkan lebih teruk daripada parti UMNO".
"Ketaatan dan kepatuhan pemimpin, tidak bermakna setiap pemimpin itu maksum kerana masing-masing ada kekurangannya juga. Namun tegurlah pemimpin di dalam forum atau mesyuarat,"
"Kita juga perlu meletakkan jemaah melebihi perkara lain. Jemaah dahulu barulah Pakatan Rakyat (PR). Bila kita duduk dalam PR, seolah-olah PAS ini tiada. Sekiranya mendahulukan PR daripada parti sendiri, kamu ini (mewakili parti) siapa?" tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....