LEPAK WAKTU KERJA, PENJAWAT AWAM DITEGUR.....



Kami pasti ramai yang pernah berhadapan dengan pengalaman terpaksa menunggu untuk berurusan dengan penjawat awam yang keluar ketika waktu bekerja.



Ia sekaligus menyebabkan banyak masa yang terbuang apatah lagi jika kita mempunyai urusan lain untuk diselesaikan selepas itu.

Menerusi portal Berita Semasa, seorang pembaca telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap amalan sesetengah penjawat awam ini:

“Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.

“Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.

“Namun inilah yang berlaku di kebanyakan pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.

“Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor kerajaan dan memerlukan perkhidmatan. 

Malangnya, ada kakitangan awam yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia seperti kami. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. 

Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.” -Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya

Memang benar apa yang dikatakan oleh Puan Azrinaz itu.

Jangan kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir penjawat awam, seluruh jabatan kerajaan dipandang serong oleh orang ramai.

1 ulasan:

  1. Amanahla pada kerja masing-masing..yg mencari nafkah nk diberi kpd anak bini..suci ke duit tu kalau masa kerja dihabiskan di warung2 atau mall2..sbb tu xhairanla kalau skrg ramai anak2 bljr pn susah faham..hindarlah duit gaji xberkat...minta dijauhkan..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....