INI satu perkhabaran yang mungkin agak mengecewakan bagi orang ramai yang menyokong perjuangan Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel.
Akaun facebook rasmi ‘We Are All Al Qassam (WAAAQ)’ telah disekat oleh pihak sekuriti Facebook tanpa sebarang amaran atau notis.
Perkara itu telah dimaklumkan menerusi akaunAman Palestin yang turut menyebut, akaun milik admin yang mengendalikan WAAAQ juga turut dipadamkan.
Sebelum ini, akaun tersebut telah mendapat 100 ribu ‘likes’ daripada rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada unit pertahanan ketenteraan Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam.
Bagi kami, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana satu akaun disekat, berpuluh-puluh lagi akaun seumpamanya yang akan diwujudkan!
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....