Pakatan Rakyat sudah kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di menanginya pada PRU yang lepas. Selepas PRU yang lepas, masing-masing parti dalam Pakataan Rakyat memperolehi satu kerajaan masing-masing. DAP mentadbir Pulau Pinang dan PKR mendapat mandat untuk menjadi kerajaan di negeri Selangor.
Dengan pemecatan Khalid Ibrahim maka PKR telah hilang satu-satunya negeri iatu negeri Selangor dan sekarang Selangor di tadbir oleh Menteri Besar bebas tanpa parti dan empat orang Exco dari PAS. PKR kehilangan kerajaan negeri terkaya di negara ini bukan di pecahkan oleh mana-mana pihak tetapi dicampakkan oleh PKR sendiri. Itu bukan lagi salah sesiapa dan PKR tidak boleh memindahkan kesalahannya sendiri kepada pihak dan individu lain.
Kesalahan Anwar bukan sahaja kepada rakan pimpinan seperti Khalid, tetapi kesalahannya terbit dari awal PKR di tubuhkan yang tidak selari di antara penjawat parti dan kerajaan. Anwar menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar bukan beliau mahukan Khalid sangat, tetapi Khalid di perguna untuk mengimbangi pengaruh pendukungnya sendiri seperti Azmin dan yang lain-lain.
Kalau di pandang dari sudut moral politik dalam PKR itu sendiri, Anwar sepatutnya memberikan peluang kepada Azmin, yang merupakan orang yang paling setia dengan beliau untuk mengendalikan kerajaan negeri Selangor sejajar dengan kedudukannya sebagai Pengerusi kepada PKR Selangor.
Oleh kerana Azmin terlalu rapat dan setia kepada Anwar, Ketua Umum parti itu hanya mengambil Azmin ini sebagai 'orang semendanya sahaja, dipanggil datang dan disuruh pergi'. Segala-galanya Azmin ini dianggapnya sebagai 'tali untuk mengelak dan sebagai tangkai untuk menjinjing' sahaja. Dia mengambil Azmin ‘for granted’ sejak dari mula lagi.
Sekarang Khalid telah dipecat dan apa pun ‘consequence’ terhadap tindakan pemecatan Khalid dari PKR itu sepatutnya menjadi tanggungan PKR dan Pakatan Rakyat sendiri. Sekarang Khalid adalah seorang Menteri Besar bebas yang diperkenan oleh Tuanku Sultan dan Khalid telah memecat semua anggota Exco Selangor dari DAP dan PKR, kedua-dua parti yang sangat kuat untuk menurunkan Khalid dari jawatannya untuk menyambung ‘langkah kajang’ yang di akui oleh Anwar sendiri, satu agenda hendak memberhentikan Khalid dari menjadi Menteri Besar Selangor.
Alih-alih sekarang LGE pula yang berang dengan pemecatan Khalid dan meminta Khalid terus dengan mengekalkan Exco dari DAP dan PKR dalam kerajaan Selangor yang sekarang adalah Kerajaan Khalid yang di sokong oleh Exco-Exco dari PAS. PKR dan DAP berkata yang Exco-Exco itu di lantik oleh Tuanku Sultan dan hanya Tuanku Sultan sahaja yang boleh memecat mereka. Tetapi PKR dan DAP juga terlupa kenapa mereka mahukan Khalid berhenti kerana perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar dahulu pun adalah di atas perlantikan Tuanku Sultan.
Sekarang Tuanku telah meminta Khalid meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan masalah pemecatan Exco oleh Khalid itu biarlah Menteri Besar dan Tuanku Sultan untuk menyelesaikannya. Jika perlu pemecatan itu di persetujui oleh Tuanku, itu adalah urusan Khalid dengan pihak Istana. Pimpinan DAP dan PKR ‘should stay outside and smoke cigars’.
DAP nampaknya sedang menghadapi masalah ciptaannya sendiri. DAP sekarang sangat panik kerana jika PAS akhirnya bersama dengan Khalid Ibrahim maka ia mengesahkan yang Pakatan Rakyat sudah kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di ketuai oleh PKR.
Ini semua adalah berpunca dari ‘Kajang Move’ anjuran Anwar Ibrahim dahulu dan sekarang untuk melangsungkan ‘Kajang Move’ itu tidak kesampaian kerana tersangkut di tengah jalan. 'Di sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari'.
Kejatuhan kerajaan PR di Selangor adalah hasil dari tindakan Ketua Pembangkang itu sendiri. UMNO tidak pernah mempunyai apa-apa peranan dalam isu ini. Sekarang jika UMNO membuat kerja ‘overtime’ kerana keadaan, itu adalah kerana tindakan Pakatan Rakyat yang seolah-olah terminta-minta UMNO berbuat demikian.
Sekarang PKR dan DAP tidak dapat tidur kerana bantal-bantalnya telah di serahkan kepada UMNO. Sekarang PR sedang tercari-cari tempat berlindung kerana rumah yang di binanya telah roboh akibat tindakan bodoh mereka sendiri.
Sekarang dari menjadi penguasa kerajaan yang megah dan kuat, sekarang ini ada tanda-tanda PKR dan DAP sudah menjadi pengemis dan kembiri politik di Selangor jika kita baca kenyataan-kenyataan dari pimpinan DAP dan PKR semalam. Salah seorang rakan politik saya yang begitu lama tidak saya temui berkata, “I feel sorry for DAP, Kenapalah mereka menupang pokok yang hendak rebah tu”
Hari ini, Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco.
Beliau turut menambah, soal sama ada untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.
"Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.
"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia ada pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Exco DAP, Ean Yong Hian Wah mendakwa kecewa terhadap tindakan empat Exco PAS yang tidak patuh kepada gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu mesyuarat Exco pada Rabu diboikot.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram itu yang dipecat itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan Exco PAS tidak mempunyai semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
"Saya kecewa dengan PAS (empat exco) kerana mereka masuk mesyuarat exco hari ini.
"Ini jelas menunjukkan mereka tidak ada semangat bersatu dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita sebaik tiba di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pagi Rabu.
Malah, Ean turut menggesa satu mesyuarat khas diadakan antara ketiga-tiga parti dengan segera bagi membincangkan tindakan semua Exco PAS yang enggan memboikot mesyuarat tersebut.
Dalam sidang media tergempar malam Selasa, Guan Eng menggesa semua Exco PAS supaya memboikot mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Lim berkata, permintaan itu dibuat bagi menunjukkan bantahan dan solidariti Pakatan Rakyat terhadap tindakan Khalid memecat enam Exco PKR dan DAP pada Selasa.
"PKR dan DAP merasakan pemecatan ini tidak beretika, tidak menghormati prinsip dan semangat demokrasi yang membelakangkan rakyat yang memberi mandat," kata Lim.
Sementara itu, Exco PKR, Elizabeth Wong tiba di perkarangan Bangunan SUK kira-kira pukul 10.30 pagi untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.
"Pagi ini, kelima-lima Exco akan berada di bangunan ini untuk meneruskan kerja seperi biasa.
"Cuma kami tak masuk mesyuarat Exco. Kami menasihatkan rakan-rakan dari PAS untuk tidak hadir mesyuarat itu," katanya.
Jelas Elizabeth, kelima-lima exco yang dipecat itu akan mengadakan sidang media khas berhubung isu pemecatan mereka di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....