VIDEO : Wanita Upload Video Untuk Kesan Lelaki "Cinta" Pandang Pertamanya Di MRT!!



Hai dah macam skrip drama pulak.

Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kembali dengan jejaka kacak yang ditemuinya di MRT baru-baru ini.

Video ini telah menjadi viral di mana ramai pihak berkongsikan rakaman video gadis tersebut yang membuat pengakuan telah jatuh cinta pandang pertama terhadap jejaka idamannya itu.


“Adakah anda pernah mempunyai seseorang yang sangat menarik hati anda, tetapi anda tidak melakukan apa-apa apabila melihatnya? Ya, perkara itu terjadi pada saya dan malangnya saya tidak berbuat apa-apa mengenainya.

“Jadi saat ini saya akan melakukan sesuatu. Saya perlu bantuan anda semua untuk menemuinya,” kata wanita tersebut menerusi video berdurasi lebih satu minit itu.

Wanita ini juga menyertakan gambar lelaki dambaannya itu yang sememangnya sangat kacak dan persis seorang model.

Mungkin jika ramai yang share video ni, berkemungkinan besar wanita ini boleh jumpa balik jejaka ini, tapi ada juga pelayar Internet mengatakan entah-entah hatinya akan bertambah kecewa sekiranya mengetahui lelaki tersebut sudah pun berpunya atau pun suami orang.

Ada betul juga tu, namun tak kurang ramai juga yang memuji tindakan berani wanita tersebut menyatakan isi hatinya yang boleh dilihat oleh masyarakat seluruh dunia.

Tak tahulah kalau lelaki yang dimaksudkan tu dah tengok ke belum video ini?

Kalau dah tengok, anda rasa apa agak-agaknya reaksi dia ya? – SUMBER


1 ulasan:

  1. bukan lelaki tu la..tp yang botak duduk sebelah dia..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....