VIDEO : Guru Gaduh Guru - Memalukan!!!




Hish.... memalukan bila seorang tenaga pengajar yang dihormati dan berpendidikan berkelakuan seperti ini apatah lagi secara terbuka. Walaupun aku sendiri tak pasti punca sebenar pertengkaran ini, namun sebagai seorang pendidik, sudah pasti tingkahlaku ini memberi imej yang AMAT NEGATIF kepada profesion perguruan itu sendiri.

Berdasarkan pemerhatian, guru yang berbaju merah tersebut merupakan Guru Besar sekolah dan kejadian berlaku pada hari khamis yang lalu berdasarkan baju batik yang dipakai mereka.

Harap pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran boleh melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang SEWAJARNYA ke atas kes ini. Jangan terus senyap begitu sahaja

Beberapa ulasan berkenaan video ini :
"Guru pendidikan khas SK Bandar Mentakab, Pahang sejak 2009.
Sblm tu kt SK Jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu.
Guru besar skrg adalah yg ke-3.
Guru besar sblm ni penah buat laporan tp x smpi ke atas.
PPD penah dtg tp kes senyap mcm tu aje. Dulu dia langsung x masuk kelas. Skrg masuk tp tak sepenuhnya. Skrg dh start nk pukul budak. 
Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalo nk siasat tp pentadbir tak pasti. 
Pentadbir tu GB n GPK. Ayah dia penah buat repot kt PPD kata cikgu sekolah ni yg ganggu anak dia. Tadi guru2 dh kumpul tandatangan utk buat memo laporan tp x pasti nk htr ke sapa."




2 ulasan:

  1. Saya menulis surat ini mewakili kekecewaan seluruh rakyat Malaysia. Pada mulanya saya bersangka baik terhadap program KPLI kerajaan kerana risau memang ada mereka kurang latihan, guru biasa perlu 5 tahun latihan namun pada hemat saya walaupun mereka mengikuti kursus singkat tetapi mereka ada pengalaman skor periksa dan kerap berulang alik naik pentas kecemerlangan waktu belajar dahulu.

    Namun sangkaan saya meleset sama sekali apabila mendapat tahu bukan semua produk KPLI dari sekolah bagus-bagus (sekolah asrama atau kelas khas) ada yang hanya dari smk biasa sahaja. Begitu juga di peringkat IPT di mana tempat mereka belajar adalah kolej universiti yang orang tak pernah dengar. WTF. Sebab itulah remaja sekarang mengalami masalah akhlak yang kronik, berzina, buang bayi, minum arak, hisap ganja dan lain lain lagi. Sebenarnya bukan kerana tidak boleh merotan tetapi kalau gurunya sendiri kerap ulang alik ke Danok apa nak hairan bagaimana acuan begitulah kuihnya.

    Ini ialah satu penghinaan kepada rakyat. Anak-anak menteri dihantar keluar negara kepada guru bagus-bagus, anak orang miskin diberi kepada guru reject jalan kengkang dari kolej cikai.

    Ibu bapa kecewa,
    Taman Intan Baiduri, KL

    BalasPadam
  2. Kalau anak jadi haru biru tak boleh salahkan guru saja, selalunya mereka ikut perangai ibu bapa. Kalau dah ibu bapa pun jenis reject, anak-anak pun sukar untuk dibentuk. Nak rotan pun dah tak boleh, jadi guru mengajar sajalah..Ibu bapalah kena lebih tegas membentuk anak-anak jangan biar saja dekat sekolah. Barulah generasi akan datag lebih berkualiti..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....