SEORANG pemain wanita sebuah kelab bola tampar bernasib baik kerana terselamat daripada serangan seorang pencuri yang memecah masuk keretanya di Stadium Bola Tampar Seksyen 19, Sham Alam, kelmarin.
Kejadian itu dikongsikan menerusi Facebook City Rangers Volleyball Club (CRVC).
Pemain tersebut pada mulanya mahu mengambil botol airnya yang berada di dalam kereta yang diletakkan berhampiran dengan pintu masuk stadium.
Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba, dia melihat seorang lelaki India sedang berada di dalam kenderaannya itu dan dipercayai sedang mencari barang berharga.
Terkejut dengan apa yang dilihat, pemain itu terus menutup pintu kereta tersebut dari luar.
Suspek kemudiannya keluar dan cuba menyerang mangsa termasuklah dengan menumbuknya.
Mangsa bertindak melawan sambil menjerit meminta pertolongan sebelum beberapa individu dan pemain yang lain datang membantunya.
Suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.
Justeru, adalah diingatkan supaya anda tidak bersendirian sekiranya mahu mengambil barangan dalam kenderaan terutama di kawasan sunyi bagi mengelakkan kejadian buruk seumpama ini menimpa anda di masa akan datang.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....