TERKINI!!!! Perdana Menteri Ukraine Letak Jawatan - Apakah Ada Kaitan #MH17?




KIEV – Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk mengumumkan beliau meletak jawatan malam ini (Khamis waktu Ukraine) berikutan kemelut dalam kerajaanya.

Beliau membuat pengumuman itu di Parlimen negaranya.





“Saya mengumumkan perletakan jawatan saya berhubung kait dengan tumbangnya ikatan (antara parti politik),” katanya.

Tambah beliau, berikutan kegagalan politik berkenaan, Parlimen sudah tidak mampu berfungsi dan meluluskan undang-undang yang perlu.

Parti Nasionalis Svoboda dan parti Udar yang diketuai bekas peninju Vitali Klitschko menarik diri dari kumpulan pengubal undang-undang yang mengambil alih pentadbiran negara itu selepas Presiden Viktor Yanukovich digulingkan para penunjuk perasaan.

Speaker Parlimen, Oleksandr Turchynov berkata, kini terpulang kepada Udar dan Svoboda untuk mencalonkan wakil Perdana Menteri sementara untuk mengetuai Parlimen sehingga sesi baru bersidang.


(Dengan kemelut yang kronik dalam kerajaan Ukraine ini, pastinya usaha siasatan tragedi MH17 akan menjadi semakin sukar – Mynewshub)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....