SYABAS!!! Belia FELDA Pasarkan Beras Keluaran Sendiri!!!



KUALA LUMPUR: Koperasi Majlis Belia FELDA Malaysia Bhd (MBFM) menjalin usaha sama dengan Agrotech Bistari Sdn Bhd untuk mengeluarkan beras jenama ‘Belda’ ke pasaran tempatan. 

Koperasi MBFM dan Agrotech Bistari memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengeluaran beras Belda yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Hari Peneroka, 14 Ogos ini. 
Di bawah MoU itu, Koperasi MBFM akan menjadi pemudah cara pengeluaran beras Belda manakala Agrotech Bistari adalah pengilang dan pengeluar produk berkenaan di kemudahan miliknya. 

Pengerusi MBFM, Anuar Manap, berkata buat permulaan pihaknya melantik FELDA Trading Sdn Bhd sebagai vendor sulung untuk membekalkan Belda ke setiap tanah rancangan FELDA serta cawangan Koperasi 1Malaysia di seluruh negara. 

"Kami menyasar menjual sehingga 500,000 kampit beras Belda dalam tempoh setahun akan datang atau kira-kira 50,000 kampit sebulan. 

"Belda akan merintis pengeluaran rangkaian produk seterusnya oleh Koperasi MBFM pada masa akan datang, iaitu produk makanan kering. Dalam masa setahun ini, kami akan memastikan sasaran jualan Belda mampu dicapai," katanya pada sidang media selepas majlis memeterai MoU antara Koperasi MBFM dengan Agrotech Bistari di sini, hari ini. 

Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang memeterai MoU bagi pihak Koperasi MBFM manakala Agrotech Bistari diwakili Pengarah Urusannya, Mohd Kadim Jurimi. 

Mengulas lanjut, Anuar berkata, harga pengenalan Belda ialah RM28 seberat 10 kilogram sekampit, harga paling berdaya saing bagi gred beras AA lima peratus hancur di pasaran tempatan. 

"Beras gred sedemikian dijual pada purata antara RM32 hingga RM33 di pasaran sekarang. Paling murah di pasaran ialah RM28.50, disebabkan itu kami berani meletakkan harga RM28. 

"Harga itu adalah harga pengenalan dan mungkin akan lebih rendah lagi pada masa akan datang," katanya. 

Beras Belda dikeluarkan daripada padi yang ditanam di dalam negara iaitu dari sawah sekitar Sekinchan dan Tanjung Karang, Selangor. 

Ia kemudian diproses di kemudahan pengeluaran Agrotech Bistaro yang mempunyai kapasiti mengeluarkan sehingga 500,000 kampit beras sebulan.

Kos mengeluarkan 50,000 kampit beras ialah RM1 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....