#MH17 : VIDEO - Pasukan Pemerhati Antarabangsa Diganggu Pemberontak!!



GRABOVE, Ukraine: Pasukan pemantau antarabangsa pertama tiba di lokasi MH 17 terhempas, berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas.


Ia berikutan kekangan dan larangan dari pasukan pemisah pro Rusia.



Pasukan dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE, terdiri daripada 30 anggota itu hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal.


Namun sebelum melaksanakan tugas-tugas khusus mereka, pasukan pemisah bertindak menghalau pasukan itu.


Pemisah mendakwa pasukan OSCE berada di Republik Rakyat Donetsk dan mereka dikehendaki melakukan tugasan berdasarkan kebenaran kerajaan.


Timbalan ketua misi, Alexander Hug memaklumkan, pasukannya tiba di lokasi untuk memastikan perimeter nahas dikawal.


Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO dalam kenyataan sebelum ini turut memaklumkan akan menghantar pasukan ke Ukraine, untuk membantu siasatan nahas.


Sementara itu nasib kotak hitam pesawat sehingga kini masih menjadi tanda tanya dengan kedua-dua belah pihak, kerajaan Ukraine dan pemberontak mengaku memilikinya.


Kumpulan pemberontak juga sedang bertelagah sesama sendiri sama ada untuk membenarkan genjatan senjata dilaksanakan sementara pasukan penyiasat antarabangsa menjalankan tugas mereka dan mayat korban insidenitu dibawa keluar untuk dikebumikan.


Pemimpin kumpulan pemisah itu sebelum ini berjanji tidak akan mengusik lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan mengenai punca pesawat terhempas dijalankan.


Ini kerana katanya kumpulan itu tidak mempunyai sebarang perkara yang mahu dilindungi.


Dalam perkemangan lain, kerajaan Ukraine menyiarkan petikan sebuah video yang dikatakan memaparkan kenderaan peluru berpandu BUK dalam perjalanan keluar dari kawasan pemberontak menuju ke sempadan Rusia pada Jumaat.


Video yang tidak dapat dipastikan kesahihannya itu turut menunjukkan satu dari peluru berpandunya hilang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....