DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.
Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.
“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.
Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.
“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.
“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.
Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev.
Terbukti kata-kata Najib bukan main-main.
Buat sementara waktu tolak sebelah dulu dakwaan meluas bahawa MH17 ditembak jatuh oleh puak pemisah Ukraine.
Pada peringkat ini apa yang sangat penting pada keluarga penumpang ialah mayat-mayat dapat diambil dari kawasan itu.Bagi penyiasat nahas pula ialah dua kotak hitam MH17.
Kira-kira tiga jam selepas pengumuman bersejarah itu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengesahkan keretapi yang membawa 282 mayat (yang ditemui setakat ini dari 298 ) sudah bergerak dari bandar yang dikuasai pemisah ke arah bandar yang dikuasai oleh kerajaan Ukraine.
Ia merupakan satu langkah besar mengenangkan puak pemisah seolah tidak ambil peduli desakan antarabangsa supaya serah segera mayat penumpang MH17 yang berselerak di kawasan terhempas sekat Grabovo,Timur Ukraine.
Pesawat malang membawa 298 penumpang itu terhempas selepas dipercayai ditembak ketika melintasi ruang udara Ukraine pada 17 Julai lalu.
Hadir sama menjadi saksi majlis serah kotak hitam itu adalah Alexander Borodai.
Ramai yang tweet tidak percaya dan terkesima... tapi semuanya mengakui apa yang dilakukan Malaysia 'menakjubkan'.
Akhbar berpengaruh Amerika Syarikat, NEW YORK TIMES dalam tulisan panjang mengulas kejayaan Perdana Menteri berunding dengan pemisah Ukraine adalah sesuatu yang gagal dicapai oleh mana negara-negara lebih berkuasa.
Kisah Najib berunding dan capai persetujuan dengan Borodai juga disiar meluas di pelbagai media antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....