#MH17 : BIADAP!!! Singapore Airline Akhirnya Mohon Maaf!!!



Setelah 'kantoi' dan mendapat kritikan serta kecaman oleh penumpang pesawat berkenaan, Singapore Airlines (SIA) telah meminta maaf di atas status yang dimuatnaik mereka di Facebook dan Twitter berikutan kemalangan penerbangan Malaysia Airlines pada hari Khamis dan mengakui bahawa ia boleh mengguris hati sesetengah pihak. 

Beliau menambah: "Kami mengakui bahawa maklumat perlu disampaikan dengan lebih baik dan kami memohon maaf jika menyinggung pelanggan dan sesiapa yang lain dalam komuniti penerbangan." 

Ini berikutan kenyataan pihak SIA yang menyatakan mereka tidak menggunakan ruang udara Ukraine ketika nahas MH17 berlaku. 




Inilah status kemas kini yang dibuat oleh Singapore Airlines (SIA) di laman Facebook milik syarikat penerbangan itu yang mengatakan mereka tidak melalui ruang udara Ukraine dikecam oleh ramai pengguna yang menganggap ianya sesuatu yang tidak baik.

Dakwaan itu juga turut dipersoalkan bersama laporan yang menyatakan bahawa Penerbangan SQ351 berada kira-kira 25 kilometer dari MH17 yang malang.

Pengguna Facebook merasakan kenyataan yang dimuat naik awal Jumaat oleh SIA itu sebagai " bertujuan mengambil kesempatan daripada tragedi."

Posting: 'Pelanggan mungkin berharap bahawa penerbangan Singapore Airlines tidak menggunakan ruang udara Ukraine' telah menarik lebih daripada 500 komen selepas ia dimuat naik di Facebook rasmi syarikat penerbangan itu. (https://www.facebook.com/singaporeair).

"Betul, Singapore Airlines, itu sahaja? Classy update, " tulis seorang pengguna yang menggunakan nama Michael Reit.

1 ulasan:

  1. I'm gone to say to my little brother, that he should also pay a
    quick visit this weblog on regular basis to obtain updated from hottest information.

    Feel free to surf to my web site dicas de como ganhar dinheiro

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....