ISU KENING : Abby Tampil Buat Penjelasan!!!



SEJAK kes perceraiannya bulan lalu, tiada lagi cerita terbaru mengenai pelakon Abby Abadi.

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagramnya semalam, dia telah memuatnaik gambar berserta status berkaitan bulu keningnya.

Sejak dulu lagi, isu bulu kening Abby yang dikatakan dicukur walaupun sudah berhijab kerap diperkatakan sehinggalah ke hari ini.


Justeru, bagi mengelakkan salah faham, pelakon itu memberikan penjelasan berikut:

“Assalamualaikum… Dah nak titun ka? Hehe.. Sy mata takleh lelap ni… banyak yg nk di kongsi tak kesampaian lagi… tp sblm tu, Sy dengan sukacitanya nk tunjuk kening Sy dgn lebih dekat lagi.. Inilah kening turun temurun dr Makcik Hasnah aka Mak Sy.. (rujuk la gmbr Mak Sy… tenung dalam2 k hehe.. ) 
“Mak Sy ni anak cina.. Org ISLAM jaga dari kecik. Jadi bila asalnya cina, yg jelas Sy nampak bulu2 nya tak berapa nk ada… lain la mamak ye tak? Hehe.. Dah ulang 888x dah, ada juga lagi yg timbulkan… Bukan kata dalam insta ni je… kt FB, dekat twitter.. kening Sy jadi igauan hehe.. 
“Ada yg jumpa, sembang baik2 depan mata dekat Masjid pun tanya jugak pasalkening ni.. adehhh! Siap tanya Sy hukum cukur kening lagi……… Tajuk lain buleh tak? Ataupunnnnn.. dari risaukan kening Sy… baik tolong carikan Sy jodoh… Ada gak faedahnyaaa haha… @eveusun @nurdinakamalia @leinsufyana Help! Helpppp! Hehe.. Carikan yg buleh jaga Sy & anak3 sebaiknya k.. Beriman yg paling penting, satu lagi..bertanggungjawab.. ok? Hehe.. Lupakan kening Sy. Usahakan yg ni pulakkkkk..kikiki okbaiiiii….”

Pada masa yang sama, pelakon ini juga dilihat mula mengenakan niqab.

Jom lihat gambar-gambar terbarunya…






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....