#CDM25 : PERKASA Lancar Tabung Bantu KIKI!!!



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.

“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh.” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA hari ini.

Petubuhan itu turut berkata, tabung tersebut dilancarkan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh Kiki.

Kiki turut dijatuhi hukuman melakukan kerja komuniti selama 240 jam selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu menerusi video yang menjadi viral di Facebook dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

7 ulasan:

  1. sekarang sudah sahih video U tube adalah salah satu bahan bukti yang boleh sabitkan kesalahan.

    BalasPadam
  2. Sokong KIki!!!!

    BalasPadam
  3. You really make it appear really easy with your presentation however I in finding this topic to
    be really something whijch I feel I'd by nno means understand.
    It sortt of feels too complicated and very vast for me. I'm looking forward to
    your subsequent put up, I'll attempt to get the cling of it!


    Here is my homepage :: Clash of Clans Cheats

    BalasPadam
  4. bagi no bank acc kiki lagi senang...kita akan cuba bantu dari segi kewangan

    BalasPadam
  5. Perkasa, anda memberi mesej yg salah kepada umum. Kiki tu telah disabitkan bersalah oleh mahkamah. Jika benar ada provokasi sebulum kejadian dia mengamuk tu sepatutnya kiki nyatakan kepada mahkamah semasa pebicaraan dulu. Anda seolah-olah memberi mesej kepada samseng2 melayu supaya melanggar undang2 dan mereka akan dibela oleh perkasa

    BalasPadam
  6. Ala...si anwar, tian chua, teresa, tony pua, kapal singh dan geng2 pun buat salah tapi macam biasa je bergaul dan menghasut masyarakat! Saman traffic YB2 bertimbun timbun pun tak payah bayar.

    Orang Melayu biasa macam Kiki ni, saya sokong sebab beliau dihukum dengan begitu cepat tetapi puki laknat macam alvin tan tu apa jadi??? Ada dihukum? Dengar khabar siap belah de Singapura lagi tu! Mahkamah panggil pun dah 2 kali dia tak datang. Tak layan.

    So, disebabkan itu dan banyak lagi penjenayah2 yang tidak dihukum, saya rasa Kiki juga tidak sepatutnya dihukum!

    BalasPadam
  7. SOKONG PERKASA 100%! Masa kes Alvin Tan dulu, bukan main ramai puak cina menyokong beliau, peguam, parti politik, ahli perniagaan cina dan persatuan2 cina diorang.
    Apa salahnya PERKASA membela Kiki?? Patutnya lebih dari RM5000!! Bila cina buat salah, tak boleh dihukum ..siap dilabel "hero" oleh geng2 cina lain tapi bila Melayu buat salah.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....