Di zaman ini, rata-rata penulis blog atau blogger pasti mempunyai akaun facebook yang lebih daripada satu dengan pelbagai niat dan tujuan. Biasanya untuk tujuan-tujuan tertentu khususnya apabila hendak "menyerang" atau "menghentam" dalam sesuatu isu yang agak berat dan panas.
Dalam kes terbaru melibatkan satu laporan polis, tetiba je blogger PR "Milo Suam" tampil menafikan pembabitan gerakan Sakai Anak Muda Mangkuk (SAMM) Pulau Pinang dalam mengeluarkan status yang mengugut untuk membunuh Perdana Menteri.
Siap Si Milo Basi ni membuat kenyataan 'Klarifikasi' terhadap laporan Polis tersebut sambil menggariskan beberapa perkara seperti berikut:
1. SAMM menegaskan bahawa ugutan terhadap Najib Razak adalah satu fitnah dari status sebuah akaun facebook palsu yang telah diterbit menyerupai akaun sebenar mangsa. Ini adalah satu penganiayaan terhadap seorang penggerak SAMM dan menjadi satu cubaan merosakkan nama baik SAMM.
2. Setelah menyedari kewujudan akaun facebook palsu tersebut, mangsa fitnah telah segera membuat laporan polis pada tarikh 17 Julai 2014 jam 2 petang di Balai Polis Perda (kemudian dipanjangkan ke Balai Bukit Mertajam), Pulau Pinang. Laporan polis ini dibuat lebih awal sebelum laporan-laporan polis terhadap mangsa.
3. Afzanizam juga dipanggil memberi keterangan di IPD Kepala Batas sehari kemudiannya dan beliau telah hadir memberi kerjasama.
Yang menjadi persoalannya, kenapa Si Milo Basi tu nak takut sangat dalam isu tersebut sedangkan tujuan laporan Polis tu dibuat ialah untuk mencari siapa yang bertanggungjawab?
Sepatutnya, Si Milo Basi tu tak perlu nak menggelupor tak tentu arah dan membiarkan pihak Polis membuat penyiasatan terhadap laman Facebook tersebut.
Sekiranya pihak terbabit didapati tidak bersalah, sudah tentu dia akan dilepaskan tanpa disabitkan dengan kesalahan. Jadi, apa yang Si Milo Basi tu nak takut sangat?
Inilah masalahnya bila suka sangat buat kerja Haramjadah tak tentu arah. Bila timbul isu macam ni, tau pulak dia nak menggelupor menafikan itu dan ini. Lain kali, jangan buat kerja yang tak berfaedah. Penyudahnya, takut pada bayang - bayang sendiri!!!
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....