Tidak dinafikan keadaan sekarang begitu mendesak khususnya dalam kewangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan harian terutamanya kepada mereka yang hidup di bandar-bandar besar. Kadangkala ada perancangan atau yang memerlukan komitmen kewangan yang segera dan mendesak. Mungkin itulah yang terjadi kepada pemilik akaun Facebook yang dirahsiakan identitinya ini.
Dia bertindak mengiklankan dirinya di laman sosial itu bertujuan melacurkan dirinya untuk mendapat wang hanya RM300 sahaja yang terlalu diperlukannya. “Aku nak melacur diri aku, untuk dapatkan RM300 keadaan yang sangat mendesak, siapa yang nak tu mesej lah saya, kawasan Penang.
Kawan pun tak nak tolong, jadi terpaksa aku melacurkan diri aku,” katanya. Tidak diketahui apa keperluan yang sangat mendesak oleh wanita berkenaan sehingga terpaksa melakukan kerja-kerja terlarang sebegitu. Namun, pemikiran haruslah lebih matang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru sehingga tersilap membuat pilihan dan melakukan kerja yang salah.
- SUMBER
perkara begini jika benar berlaku pihak berkuasa agama mesti dipersalahkan jika melibatkan org islam. pihak brknaan semestinya mempermudahkan bantuan bukan memperpayshkan dengan pelbagai kerenah pentaddiran, fikir2kan inilah islam akhir zaman
BalasPadam