TIDAK BATAL PUASA? 19 Jawapan Berkaitan Isu Dan Amalan Perubatan



Kita selalu tertanya-tanya, apakah prosedur perubatan yang kita atau rakan-rakan kita jalani itu telah membatalkan puasa? Di sini dikongsi 19 kes atau senario rawatan perubatan yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA kita.

1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)

2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.

3. Memasukkan pessary, ovules ke dalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin).

4. Memasukkan urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.

6. Injeksi (cucuk) melalui kulit, ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7. Menderma atau menerima darah.

8. Menerima oksigen atau gas untuk bius.




9. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10. Mengambil darah untuk pemeriksaan.

11. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan.

14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15. Mengambil sel dari hati atau orang lain (Biopsy).

16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).

17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.

19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis.


Rujukan:

IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Fiqh As sunnah (Sayyid as-Sabiq) dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah).

Disediakan oleh:

Dr. Ahmad Zakimi Bin Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....